ZUMBA CEGAH OBESITI


Oleh: Mohd Izdham Bin Mohd Nasri


Sebahagian aktiviti zumba anjuran Dewan Penginapan Pelajar PETRONAS UUM.


SINTOK – Program Zumba D’Petro anjuran Biro Kesihatan, Keselamatan dan Kebajikan Dewan Penginapan Pelajar PETRONAS baru-baru ini berjaya memberi impak positif kepada mahasiswa UUM dalam aspek penjagaan kesihatan khususnya kesedaran obesiti.

Menurut Pengetua Dewan Penginapan Pelajar PETRONAS Dr. Nazri Bin Baharom, Program Zumba D’Petro ini diadakan bagi merialisasikan saranan Menteri Kesihatan Malaysia supaya menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai.

“Langkah positif bagi meningkatkan dan mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu perlu diaplikasikan di dalam kehidupan pelajar” tegas beliau.

Selain mengikuti kelas-kelas akademik di UUM, pelajar juga digalakkan untuk melakukan aktiviti sihat bagi mengurangkan tekanan perasaan”, ujar Pengarah Hal Ehwal Pelajar UUM, Dr. Mohd Dino Khairri Bin Shariffuddin semasa merasmikan program berbentuk sukan dan kesihatan.

Selain itu, pengambilan jurulatih yang berpengalaman iaitu Nur Saiful Azly Bin Md. Zin selaku Timbalan Kelab Bidasari Pusat Budaya dan Seni UUM melancarkan lagi program tersebut.

Bagi Nur Saiful Azly, aktiviti berzumba ini membolehkan para pelajar mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah yang dapat mengeluarkan peluh.

Menurut salah seorang peserta program Abdul Adzim Bin Uzair, “saya berasa teruja menyertai program zumba ini kali pertama, lebih-lebih lagi program ini berbentuk kesukanan dan kesihatan”.

Katanya lagi, program sebegini memberi manfaat terutamanya dalam mengeratkan silaturahim antara pelajar berlainan kaum dan dapat mempelajari teknik bersenam.

Program zumba yang julung kali diadakan ini berjaya melahirkan pelajar yang sihat dan cerdas minda.
Share on Google Plus

About Ekspresi 18

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen anda :):

Journalism for Social Change

UCAPAN PEMBENTANGAN BAJET 2016