FANTASTIK BLOK MISC TONJOL KREATIVITI PELAJAR

Oleh : Nur Farah Hanim Binti Ahmad                     

Program yang bertujuan untuk menyemai semangat kemerdekaan dalam diri pelajar

SINTOK: Sempena Hari Malaysia, Dewan Penginapan MISC berjaya menganjurkan pertandingan Fantastik Blok yang bertemakan kemerdekaan, baru-baru ini.

Program ini memberikan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan kebersihan malahan dapat mewujudkan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar.

Selain itu, program ini juga dapat memberi peluang kepada pelajar menghasilkan idea dan kreativiti masing-masing.

Menurut Pengetua Dewan Penginapan Pelajar MISC, Azhar Anis Mohammad pertandingan yang berlangsung selama dua minggu itu berjaya meningkatkan semangat patriotisma dalam kalangan mahasiswa pelbagai kaum dan agama.

“Pertandingan seumpama ini mampu membangunkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan mahasiswa yang berbilang kaum termasuk pelajar antarabangsa. Program ini turut mewujudkan persefahaman di antara mereka seterusnya mencapai objektif program yang ditetapkan”, katanya.
Tambahan pula, Sambutan Hari Malaysia menjadi acara tahunan anjuran pihak Universiti Utara Malaysia bagi memperingati hari bersejarah di Malaysia.

“Justeru itu, semua mahasiswa dari pelbagai bangsa dan agama digalakkan untuk melibatkan diri dalam pertandingan tersebut”, tegas Pengetua Dewan Penginapan MISC. 

Menurut Timbalan Pengarah Program, Nur Safwanah Rahim, pertandingan Fantastik Blok yang dianjurkan ini dapat membantu pelajar menunjukkan hasil kreativiti dan idea masing-masing dalam usaha untuk memenangi pertandingan tersebut.

“Selain pemarkahan dinilai berdasarkan idea dan kreativiti yang dihasilkan, pemenang juga akan dinilai berdasarkan kerjasama antara ahli kumpulan dan kerja berpasukan”, ulas beliau.

Menurut seorang peserta pertandingan, Amalina Syahirah Md Shaharudin pertandingan Fantastik Blok yang dianjurkan buat pertama kali itu dapat memberikan kebaikan kepada seluruh pelajar serta barisan pentadbiran Dewan Penginapan Pelajar MISC.

“Saya yakin dengan adanya program-program seperti ini akan membantu mewujudkan satu hubungan baru dan merapatkan lagi hubungan antara diri pelajar dan staf-staf Dewan Penginapan Pelajar MISC”, katanya.

Program-program sedemikian ini berjaya melahirkan generasi yang memiliki nilai-nilai positif dalam diri masing-masing disamping dapat menerapkan semangat kemerdekaan dalam diri setiap pelajar.
Sebahagian pelajar bergambar kenangan bersama hasil kreativiti mereka serta salah satu hasil kreativiti pelajar.

Share on Google Plus

About Ekspresi 18

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen anda :):

Journalism for Social Change

UCAPAN PEMBENTANGAN BAJET 2016