Oleh: Mohd Mazliezumi bin Ahamed
Gambar Hiasan Sahaja
|
Mylesen ialah inisiatif yang diperkenalkan oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memudahkan orang ramai terutama golongan belia
memperoleh lesen. Selain itu, program ini juga mendidik golongan belia menjadi
pemandu yang berkhemah dan patuh undang-undang jalan raya. Program MyLesen ini
terbuka kepada semua individu warganegara berumur 16 tahun ke atas.
Program Mylesen ini dirangka oleh (JPJ), dalam program komuniti berbentuk
Corporate Social Responsibility (CSR). Program komuniti berbentuk (CSR)
bertujuan ke arah penglibatan tanggungjawab, komitmen antara pemerintah,
perusahaan, dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat.
Lesen yang ditawarkan dengan harga serendah RM299 untuk mendapatkan lesen kelas
B2 (motosikal), dengan sasaran 300,000 pendaftar sehingga 31 Oktober ini.
Menurut Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad, “saya memahami beban yang
ditanggung oleh rakyat khususnya mereka yang mahu mendapatkan lesen terutama
golongan miskin”. Sehubungan dengan itu, program MyLesen hadir sebagai satu
inisiatif terbaik bagi meringankan beban rakyat untuk mendapatkan lesen, serta
mengurangkan jumlah belia yang tidak mempunyai lessen.
Setiap pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal wajib mempunyai lesen
memandu bagi kelas B2. Mengikut statistik kemalangan jalan raya lebih 4,126
penunggang serta pembonceng motosikal di negara ini terlibat dalam kemalangan
maut sepanjang tahun lalu. Angka tersebut merupakan statistik kemalangan maut
jalan raya yang direkodkan pada tahun 2014 yang melibatkan jumlah keseluruhan
sebanyak 6,877 kes.
Penunggang serta pembonceng motosikal mencatatkan peratusan tertinggi serta
penyumbang utama kepada kes kemalangan maut meskipun telah banyak kempen serta
program dilaksanakan kerajaan sebelum ini. Hal ini kerana, daripada perangkaan
diperolehi, bilangan penunggang motosikal adalah jumlah pengguna jalan raya
tertinggi di negara ini. Dianggarkan, kira-kira satu juta lesen baru
dikeluarkan setiap tahun melibatkan penunggang motosikal sahaja di seluruh
negara.
Gambar Hiasan Sahaja
|
Didik pemandu
Berdasarkan statistik terbaru JPJ, kira-kira 3.5 juta
rakyat Negara Malaysia yang
berumur 16 tahun ke atas tidak mempunyai lesen. Datuk Ismail berkata “60
peratus kemalangan berlaku melibatkan penunggang motosikal dan kebanyakannya
menunggang secara tidak sah, (tiada lesen).
JPJ akan bekerjasama dengan semua 195 unit institut memandu di Malaysia bagi
merangka satu modul baharu, yang memberi penekanan terhadap aspek sikap
pengguna khususnya nilai tanggungjawab, integriti dan keperluan menjadi seorang
pemandu yang berhemah. Selain itu, program MyLesen ini merupakan satu program
yang bersifat komuniti dan mengalakkan pihak korporat khusus institut memandu
dengan menawarkan harga rendah dan pakej istimewa.
Objektif program Mylesen ini ialah untuk menggalakkan belia yang kurang
berkemampuan memiliki lesen yang sah serta mendidik peserta tentang
undang-undang jalan raya, sekali gus membina etika pemanduan selamat dalam
kalangan belia. Langkah ini, diyakini dapat membantu kerajaan merealisasikan
matlamat mengurangkan kadar kemalangan motosikal selain mengelak pihak ketiga
mengambil keuntungan melampau daripada calon yang ingin mendapatkan lesen
memandu.
Tidak menjadi satu perkara yang mudah bagi menyifarkan penunggang tidah sah di
jalan raya, jelas Datuk Ismail “ memerangi sikap masyarakat yang tidak
mementingkan keperluan mempunyai lesen adalah cabaran utama pelaksanaan program
Mylesen ini. Selain itu, ada sesetengah ibu bapa yang bersikap acuh tidak acuh
apabila anak-anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen, walhal ia boleh
memudaratkan terutamanya apabila berlaku kemalangan.
Datuk Ismail menegaskan, pihaknya akan sentiasa memantau perjalanan program ini bagi memastikan ia benar-benar membantu rakyat, serta menjawab persoalan tentang orang tengah atau pihak tertentu yang mahu mengambil kesempatan dengan mengaut untung yang lebih daripada calon ingin mendapatkan lesen memandu. Proses latihan dan ujian akan mengambil masa tidak kurang empat bulan bermula tarikh pendataran sehingga pemohon mendapatkan lesen memandu percubaan kelas B2, penjelasan oleh Datuk Ismail dengan harapan program ini mendapat sambutan yang menggalakkan.
Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai program MyLesen, boleh mendapatkan borang permohonan secara online di portal JPJ, atau ke pejabat JPJ berhampiran. Pendaftaran juga boleh dilakukan di unit institusi memandu yang berhampiran dengan tempat tinggal, serta menyediakan butiran atau dokumen lengkap seperti borang MyLesen, salinan kad pengenalan berserta bayaran. Sebarang maklumat lanjut boleh dirujuk di bahagian Perlesenan Pemandu JPJ negeri atau cawangan berdekatan kawasan tempat tinggal.
Gambar Hiasan Sahaja |
0 komen anda :):
Post a Comment