RM3.12 BILION PERKASA KESELAMATAN NEGARA

Oleh: Mohd Mazliezumi bin Ahamed


logo setiap Angkatan Tentera Malaysia Darat, Laut dan Udara

Bajet 2016 bukan hanya tertumpu terhadap aspek ekonomi, malah sektor keselamatan juga wajar diperkasa agar dapat meningkatkan tahap keselamatan Negara Malaysia. Selain itu, Bajet 2016 akan menjadi landasan kukuh sebelum kita menuju wawasan negara tidak lama lagi. Bajet juga bertujuan untuk mempersiapkan Malaysia dalam menghadapi pelbagai cabaran yang tidak diduga terutama dari sempadan negara. 

Bajet 2016 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, pada 13 Oktober 2015 bertemakan ‘Mensejahterakan Kehidupan Rakyat’, telah mendapat pelbagai tanggapan yang disuarakan oleh rakyat Malaysia mengenai bajet tersebut. Apa pun perspektif yang diberikan, bajet hanyalah menjadi “peta umum tindakan dasar” yang bakal diambil sepanjang tahun hadapan.

Antara lima tunjang utama yang diterapkan dalam tema Bajet 2016 Mensejahterakan Kehidupan Rakyat ialah pertama memperteguhkan ketahanan ekonomi negara, meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau, memperniaga modal insan, dan yang terakhir memperkasa agenda bumiputra serta meringankan kos sara hidup rakyat. Adakah bajet yang dibentangkan hanya berkisar atau menyentuh mengenai kejatuhan harga minyak, cukai barang dan perkhidmatan (GST), kos sara hidup dan hal-hal lain yang bersangkutan dengan ekonomi saja?

Kita perlu bersyukur apabila Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, sebanyak RM31.2 bilion diperuntukkan kepada sektor keselamatan negara agar dapat menjadikkan Malaysia sebuah negara yang aman. Tidak seperti negara-negara lain seperti Syria dan Yaman dilanda konfik berdarah yang tidak berkesudahan, memaksa rakyat mereka menjadi pelarian dan pengemis di bumi asing.

Apakah kita tidak mengambil iktibar atau pengajaran dari apa yang telah berlaku di negara-negara tersebut?

Keupayaan Pertahanan Dipertingkatkan

Menurut Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, ‘sejumlah RM17.3 bilion diperuntukkan bagi meningkatkan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)’.

Namun kita tidak boleh lupa ancaman yang datang dalam bentuk nyata. Musuh negara memasuki sempadan perairan seperti lanun, penyeludupan dadah dan senjata api serta nelayan asing, jelas menunjukkan tahap keselamatan negara tergugat. Oleh itu, dengan peruntukan Bajet 2016 ATM juga akan menerima aset baharu iaitu enam buah kapal tempur persisiran (LCS), sistem senjata Very Short Range Air Defence dan kereta berperisai, pesawat Airbus A-400M untuk kegunaan tiga ketumbukan iaitu laut, udara dan darat.

Ketika negara tetangga sudah mengunakan teknologi aerostat, dengan kemampuan untuk menilai kemungkinan ancaman sejauh 200 kilometer (km) secara real-time, Malaysia tidak boleh lagi terlalu jauh ketinggalan. Sehubungan itu, pengunanan teknologi terkini adalah bagi meningkatkan keupayaan risikan pemantauan dan peninjauan agensi di bawah Kementerian Pertahanan.

Krisis pencerobohan di Lahad Datu 2013 baru-baru ini, telah dikaitkan dengan insiden diplomatik yang berlaku di antara Malaysia dan Filipina. Sejurus selepas 235 orang Filipina yang sebahagiannya bersenjata api telah mendarat di Kg. Tanduo, Daerah Lahad Datu, Sabah pada   11 Februari 2013. Kumpulan tersebut yang menggelarkan diri mereka sebagai Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara.

Kumpulan ini telah dihantar oleh Jamalul Kiram III yang merupakan salah seorang dari pihak-pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu. Kiram menyatakan bahawa matlamat mereka adalah untuk menuntut kembali wilayah mereka di bahagian timur Sabah yang dikatakan bekas jajahan Borneo Utara yang masih tidak dapat dituntuk lagi. Hal ini telah mengugat keamanan di bumi sabah.

Melalui Bajet 2016 kerajaan telah memperuntukkan RM523 juta untuk pembinaan kem Tentera Darat Malaysia (TDM), khusus untuk Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di Lahad Datu, Sabah’, penjelasan Bajet 2016 oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Selain itu, menurut Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, menyifatkan bahawa ‘langkah pembinaan kem tetap ATM untuk ESSCOM di Lahad Datu amat baik kerane sekurang-kurang satu batalian bersama markas briged TDM dapat ditempatkan di kawasan tersebut. Dengan langkah pembinaan kem ini dapat meningkatkan tahap keselamatan di bumi sabah.

Sehubungan dengan itu, penambahan pelbagai aset baharu yang selaras dengan rancangan pembangunan strategik ATM dalam memperkasa kesiapsiagaan pasukan tentera. Selain itu, menerusi peruntukan Bajet 2016 juga, sejumlah peruntukan disalurkan kepada projek pasang pulih kapal selam oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Labuan serta Lahad Datu dinaiktarafkan.


Gambar Hiasan Sahaja

Kebajikan anggota ATM

Mengenai kebajikan anggota tentera, serta mengenang jasa dan perkhidmatan wira-wira Negara, kerajaan memperuntukkan RM160 juta bagi membina 4000 unit kuaters yang mampu dimiliki oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Pembinaan kediaman ini dijangka mula beroperasi pada tahun depan. Ia akan tertumpu di kawasan atau kem yang berdepan dengan masalah perumahan, selain kediaman sedia ada yang using dan daif akan dibaik pulih.

Selain itu, pembinaan 2000 unit rumah mampu milik khusus untuk anggota ATM dan veteran tentera oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Pembinaan 2000 unit rumah ini tidak termasuk dalam peruntukkan RM160 juta bagi pembinaan unit kuaters tersebut. Seterusnya, sudah tiba masanya juga kementeriaan memperluaskan penggunaan bas sekolah, bagi mengantikan trak tentera yang selama ini membawa anak-anak tentera ke sekolah.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudin Hussein, “saya tidak mahu melihat lagi anak-anak tentera mengunakan trak tentera ke sekolah. Ketika ini, hanya anak-anak tentera di Lembah Klang yang menikmati kemudahan bas sekolah. Hai ini akan memberikan keselesaan kepada anak-anak tentera untuk ke sekolah dan aspek keselamatan akan lebih terjamin apabila mengunakan perkhidmatan bas berbanding trak tentera.

Kesimpulannya Bajet 2016 bukanlah bersandarkan kepada aspek ekonomi dan kewangan sahaja. Walaupun kos sara hidup, permasalah GST, gaji minimum sering dibincangkan setiap tahun. Namun, aspek pertahanan negara, pembangunan, dan sumber manusia janganlah kita lupakan terus. Malah sektor keselamatan untuk memperkasakan perairan negara lebih terjamin serta kebajikan anggota tentera diutamakan. Kita jangan hanya berpeluk tubuh sambil menunding jari mencari kesalahan pihak tertentu serta mengkritik tanpa asas ilmu yang kukuh, kerana negara ini sahajalah yang kita miliki dan bakal diwarisi oleh generasi masa hadapan nanti.   


Gambar Hiasan Sahaja

Share on Google Plus

About Ekspresi 18

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen anda :):

Journalism for Social Change

UCAPAN PEMBENTANGAN BAJET 2016