PERKEMBANGAN DAN PERANAN PEMBERITAAN SECARA ONLINE

Oleh : Chen Kai Qi        
           Beh Weng Sum  
    
                    

Gambar hiasan sahaja


Perubahan kehidupan kita tidak akan berhenti dan pelbagai peristiwa berlaku setiap hari di sekeliling kita. Namun, bukan semua peristiwa tersebut boleh dijadikan sebagai berita. Mansor Ahmad Saman (1986) telah menyatakan bahawa berita merupakan laporan tentang isu semasa yang tepat, penting, ganjil dan menarik, serta mengandungi idea dan pendapat yang manpu menarik perhatian sejumlah khalayak. Tidak dapat dinafikan bahawa berita adalah sumber pengetahuan dan maklumat yang amat penting dalam kehidupan kita. Tanpa berita, kita tidak akan dapat mengetahui apa yang telah berlaku atau maklumat yang terbaru di negara kita, apatah lagi di negara lain.

Maka, pemberitaan boleh dirujukkan sebagai proses, cara atau perbuatan yang melaporkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dan menyebarkan maklumat-maklumat yang diharapkan oleh khalayak. Menurut Siti Suriani Othman, Liana Mat Nayan dan Lee (2013), pemberitaan merupakan satu tugas yang sistematik dan dijalankan oleh sekumpulan pekerja yang ditugaskan khas untuk menjalankan proses pengumpulan, penyuntingan dan penerbitan berita. Dengan perkataan lain, berita merupakan hasil daripada sekumpulan profesional yang khusus bekerja di sebuah organisasi media (Tuchman, 1978). Terdapat empat unsur yang penting dalam pemberitaan, iaitu unsur aktual, unsur faktual, unsur penting dan unsur menarik. Berdasarkan empat unsur tersebut, fakta-fakta yang terlibat dalam pemberitaan yang baik mestilah fakta yang terbaru dan benar, serta dapat menimbulkan rasa ingin tahu khalayak. Selain itu, berita tersebut mestilah mengandungi unsur penting seperti tokoh yang penting dan memiliki keupayaan yang diakui oleh masyarakat, serta material berita yang menyangkut kepentingan dan mampu mempengaruhi kondisi masyarakat.

Menurut Aryani (2011), perkembangan pemberitaan tidak boleh terpisah dengan perkembangan teknologi komunikasi.  Hal ini demikian kerana berita hanya dapat disampaikan kepada khalayak melalui media massa. Oleh itu, media massa menjadi suatu alat pengantara yang berfungsi sebagai medium untuk menyampaikan maklumat dan informasi terkini yang berkaitan dengan pembangunan, perkembangan sosial, politik dan sebagainya kepada masyarakat. Media massa dianggap memiliki keupayaan dalam mempengaruhi pengetahuan, sikap dan perilaku masyarakat. Malahan, media massa mampu mengarah dan memimpin serta mempengaruhi pemikiran dan kehidupan masyarakat pada masa kini dan masa yang akan datang. Media massa secara umum dibahagikan dalam tiga bentuk, iaitu media cetak yang terdiri daripada surat khabar, novel,  majalah dan buku; media elektronik yang merangkumi televisyen, radio dan filem serta media online seperti websites dan blog.

Di Malaysia, media masih dikawal oleh kerajaan dan perlu mematuhi sekatan undang-undang. Oleh itu, media massa di Malaysia boleh dikatakan sebagai media terkawal. Seperti dengan kebanyakan negara lain, pemberitaan di Malaysia bermula dengan media cetak. Dengan masyarakat yang berbilang kaum, Malaysia mempunyai akhbar yang mewakili kaum masing-masing iaitu akhbar berbahasa Melayu, akhbar berbahasa Cina, akhbar berbahasa English dan akhbar berbahasa Tamil. Pada peringkat awal perkembangan pemberitaan di Malaysia, akhbar-akhbar dan majalah lebih cenderung kepada penyampaian semangat nasionalisme dan isu-isu politik. Hal ini dapat jelas dilihat melalui akhbar-akhbar seperti Jawi Peranakan yang merupakan akhbar Melayu pertama pada tahun 1876  dan Warta Ahad. Kedua-kedua akhbar ini diterbitkan untuk tujuan mempengaruhi pemikiran masyarakat terhadap politik. Manakala akhbar berbahasa English pada peringkat awalnya lebih berkaitan dengan penjajah English dan khalayak yang berpendidikan English. Pada awal tahun 1980-an, kerajaan berjaya merangsangkan perkembangan media di Malaysia dengan memperkenalkan Dasar Liberalisasi. Melalui dasar ini, lebih banyak akhbar telah diterbitkan dan masyarakat diberi kebebasan dalam pilihan sumber maklumat (Samsudin A. Rahim, 2001).

Pemberitaan dengan media massa ini melalui perkembangan yang berperingkat. Pada tahun 1963, penyiaran televisyen di Malaysia mulai beroperasi di Lembah Kelang. Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) telah menjadi penyiaran awam yang di bawah kawalan Jabatan Penyiaran Malaysia. Pada akhir kurun ke-19 hingga akhir kurun ke-20, perubahan yang ketara telah berlaku dalam teknologi penyiaran. Dasar Penswataan yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 1983 di bidang penyiaran radio dan televisyen telah menyaksikan kelahiran saluran televisyen swasta seperti TV3. Perkembangan ini  merupakan langkah yang besar dalam kemajuan teknologi komunikasi. Kemajuan ini telah menjadikan penyiaran sebagai saluran yang utama untuk menyebarkan informasi dan merancakkan pemberitaan televisyen. Pemberitaan televisyen ini mempunyai kemampuan yang lebih tinggi untuk menarik dan memikat khalayak dengan menggabungkan unsur-unsur gambar dan audio apabila menyampaikan berita.

Namun demikian, perkembangan teknologi komunikasi yang pesat dan cepat telah mendorong khalayak membutuhkan informasi secepat mungkin dalam masa yang terbatas. Pada zaman yang memerlukan kepantasan ini, media online dinilaikan sebagai alat penyebaran yang efektif dan dapat memenuhi kebutuhan khalayak. Media online turut membawa perubahan dalam kegiatan menulis, menyiapkan, mengedit dan menyebarkan berita. Menurut Lister (2003), media online tidak terlepas dengan perkataan seperti digitality, interactivity, hypertextuality, dispersal dan virtuality. Dengan teknologi internet, berita disebarkan dalam format teks, gambar, video atau audio dengan menggunakan Hypertext MarkUp Language (HTML), sehingga pembaca dapat menerimakan berita melalui internet daripada komputer dengan segera (Hadi, 2009).  

            Malaysia newspapers have long tradition and centuries of experience behind today’s format. Pages, headlines, columns and fonts have been tuned in form and function. They are all part of a usability and universal accepted product. Newspapers have an internationally recognizable layout, i.e. the broadsheet or tabloid format, familiar to readers all over the world. The online newspapers appeared only a few years ago in the mid-nineties, and since then both academics and practitioners have continued to ask for more knowledge about how to design usability news sites.” (Rusli Abdullah & T.W., Kok, 2008).

            “Many web-based interactive systems have been developed since last decade. With web authoring tools, producing websites becomes easy. Even inexperienced information providers can create their own websites. However, authors of these websites usually create their websites with a content and structure from their own perspective rather than the users’ point of view. Besides, some authors just transform the information from printed form to web pages without adapting for presentation on the Web.” (Rusli Abdullah & T.W., Kok, 2008).

Menurut ulasan yang dibuat oleh Rusli Abdullah dan Koh Thieng Wei (2008), dunia penerbitan Malaysia memiliki sebuah sejarah yang mengagumkan. Dari segi penyusunan tajuk, font, jumlah muka surat dan lain-lain aspek, format yang digunakan dalam penerbitan Malaysia sejak dulu adalah menepati standard di mata dunia. Dalam hal ini, surat khabar menjadi sebuah bahan yang keperluan di kalangan khalayak sasaran. Pada 90-an’s, pemberitaan online akhirnya muncul dan ditambahbaikkan dari semasa ke semasa sehingga ke zaman kini. 

Selain daripada itu, Abdullah dan Koh (2008) juga menerangkan bahawa dengan adannya kemudahan online, pada zaman yang moden ini, prosedur untuk pengendalian laman web persendirian tidak lagi rumit seperti masa yang lalu. Sebagai contoh, penerbitan sebuah laman web adalah amat mudah bagi khalayak pada hari ini. Hal ini disebabkan langkah penerbitan sebuah laman web persendirian tidak lagi mengandungi banyak limitasi seperti dahulu. Lebih-lebih lagi, kebanyakan blogger pada zaman sekarang tidak hanyalah berkongsi isu-isu semasa pada laman web mereka. Malahan, mereka turut menambah idea dan pandangan sendiri terhadap isu-isu tertentu. Oleh demikian, fenomena ini mendorong lebih ramai blogger bertambah kerana proses perkongsian idea bersifat lebih terbuka.

Perkembangan media telah memberi platform yang cukup mudah kepada para pengguna yang gemar membaca informasi melalui internet. Konvergensi media juga telah memberi pelbagai jenis pilihan kepada khalayak untuk memilih media mengikut keinginan atau kesesuaian bahan pengguna. Sebagai contoh, peranan pemberitaan online telah memainkan peranan yang penting dalam kehidupan khalayak kerana kemudahan membaca informasi secara online pada bila-bila masa.  

Melalui pemberitaan online, khalayak bukan sahaja dapat mendahului berita-berita panas. Malahan, pemberitaan online juga mendahului media saingan lain di mana memudahkan pembaca mendapat berita yang terkini dalam masa yang paling singkat. Kepantasan yang ditawarkan bukan sahaja mampu menjaring masyarakat untuk beralih mencari informasi di internet malah khalayak juga tidak perlu menunggu hingga esok pagi untuk mendapatkan berita terbaru. Hal ini didukung lagi dengan pembaharuan berita yang terus menerus secara berkala sehingga masyarakat dapat mengikuti perkembangan dari sebuah informasi yang sedang diaksesnya.

Selain itu, pemberitaan online mampu mempengaruhi berita yang dilaporkan daripada wartawan. Hal ini disebabkan kuasa yang dimiliki dalam pemberitaan online adalah di tangan pengguna. Pada zaman sekarang, pemberitaan terbaru tidak lagi melalui proses penerbitan tetapi sebarang berita terkini akan dimuat naik secara online. Dalam konteks ini, pengguna dapat membaca berita yang terkini dan berkongsi pandangan sendiri secara terbuka melalui internet. Dalam hal ini, kandungan berita yang asal berkemungkinan besar akan berubah dari semasa ke semasa setelah khalayak berkongsi pandangan di internet.

Di samping itu, pemberitaan online merupakan salah satu metod yang popular di kalangan khalayak untuk mendapatkan informasi yang terbaru. Dengan adanya sebuah komputer, telefon pintar atau tablet, pemberitaan online dapat menyalurkan informasi yang bersifat up to date, real time, dan praktis. Up to date disebabkan pemberitaan online dapat melakukan upgrade informasi dari waktu ke waktu. Real time pula bermakna pemberitaan online dapat menjaring dengan khalayak secara langsung melalui televisyen, komputer dan lain-lain alat pintar mudah alir di mana menyajikan informasi dan berita saat peristiwa secara berlangsung. Praktis, kerana media online dapat diakses dimana saja dan kapan saja sejauh didukung oleh teknologi internet.

Sementara itu, pemberitaan online kini menjadi ruang bagi khalayak untuk menyampaikan pandangan sendiri yang berkaitan dengan bidang sosial, ekonomi, politik, kesihatan dan sebagainya. Secara tidak langsung, fenomena citizen journalism terjadi di mana semua orang menjadi jurnalis online untuk berkongsi informasi dan pandangan terhadap sesuatu isu kepada masyarakat lain. Bahkan kini internet dapat dikatakan sebagai tempat utama untuk mencari informasi adalah disebabkan kemudahan-kemudahan yang ditawarkan dari internet itu sendiri.

Secara tuntasnya, peranan pemberitaan online memberi kemudahan yang cukup baik kepada khalayak dari segi penyaluran informasi. Akan tetapi, khalayak seharusnya menggunakan kemudahan yang ditawarkan dengan berhati-hati agar mengelakkan sebarang kesilapan dalam proses perkongsian dan penyaluran informasi.

           
Share on Google Plus

About Ekspresi 18

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen anda :):

Journalism for Social Change

UCAPAN PEMBENTANGAN BAJET 2016