DESAKAN KOS SARA HIDUP DORONG JANA PENDAPATAN ALTERNATIF

Perniagaan kecil-kecilan tampung perbelanjaan keluarga.

Oleh : Haizum Nadhirah Binti Md Yusoff

Nelayan menanggung beban berikutan perlaksanaan GST dan kenaikan harga minyak- Encik Hashim
Yan. Ekonomi masyarakat luar bandar kini sudah berada pada tahap mandiri desakan daripada pergolakan ekonomi Malaysia yang menyebabkan ramai masyarakat luar bandar mula terdesak mencari pendapatan alternatif bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Masyarakat khusus kepada nasib masyarakat di perkampungan nelayan Tanjung Dawai, Yan yang berasaskan sumber tanggapan laut susut disebabkan oleh kenaikan harga minyak petrol dan Good and Services Taxs (GST). Kegawatan ekonomi sara diri ini mengheret masyarakat berusaha mencari pendapatan sampingan demi menyara keluarga masing-masing. Masyarakat bertindak mempelbagaikan hasil tangkapan dari bahan mentah kepada bahan kering.

“Kami menggunakan kemahiran warisan datuk nenek dahulu untuk menghasilkan” kata Encik Rahmat wakil Persatuan Nelayan Tanjung Dawai.

“Selain itu, kami juga menghasilkan produk seperti ikan masin, ikan kering, ikan lengat, dan pelbagai produk lain berasaskan ikan”, jelas beliau lagi.

Menurut Encik Hashim yang juga merupakan nelayan di perkampungan tersebut menyatakan bahawa pada waktu sebelum kemelesetan ekonomi beliau hanya turun ke laut untuk menyara keluarga. Kini beliau mengambil risiko pulang lewat kerana hasil pendapatan yang diperolehi tidak mencukupi untuk menyara anak-anak ke sekolah dan perbelanjaan harian keluarga.

Encik Awang turut menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Encik Hashim. Mereka menggunakan lebihan hasil tangkapan di laut untuk menghasilkan pendapatan alternatif sendiri kerana bimbang tahap kebersihan kawasan pemprosesan masyarakat Cina tidak terjamin kerana terdapat anjing-anjing yang berkeliaran di kawasan pemprosesan tersebut.

“Kami sudah membuat aduan dan masih menunggu tindakan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) berhubung kes anjing ini. Malah sudah ada desas-desus yang membantah pada tahun lepas kerana mereka risau kejadian seperti kecurian dan pecah rumah berlaku sekiranya tiada pegawasan dari haiwan omnivor ini”, ujar Encik Awang lagi.

Kebimbangan terhadap anjing-anjing ini tidak ketara kerana ianya tidak menggigit dan mengacau orang awam. Masyarakat masih dapat menghasilkan produk mereka dengan selamat walaupun terpaksa bersaing dengan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dari luar.

 Desakan kos sara hidup ini menjadi punca utama masyarakat nelayan di sini bertindak menjadikan hobi atau pendapatan sampingan sebagai sumber utama untuk menyara kehidupan. Masyarakat nelayan di kawasan ini turut disarankan membuka kilang pemprosesan bahan mentah bagi melayakkan mereka mendapatkan bantuan dari agensi-agensi kerajaan seperti Perikanan, TEKUN, dan SME.

Selain itu, ketua kampung di kawasan ini turut memohon agar pihak kerajaan membubarkan atau mengurangkan kadar GST. Tegas beliau, anggota masyarakat sering berkunjung ke rumah beliau untuk menyuarakan hal berkaitan bebanan GST. Mereka merasa terbeban dan merasakan satu aliran autokratik yang tidak adil telah berlaku terhadap mereka.

“Harga barangan sudah tidak stabil. Kami merasa seperti menjadi hamba di negeri sendiri. Mengapa tidak berbincang dengan golongan miskin atau golongan berpendapatan rendah macam kami? Pada tahun 2012, RM50 sudah mencukupi membeli barangan keperluan dapur tapi sekarang harga beras Nasional bakal naik lagi. Di mana hak kami sebagai rakyat?”, ujar Encik Hashim dalam nada kesal.

Kekesalan turut dirasai oleh usahawan bumiputera di bagunan MARA yang beroperasi lebih 20 tahun.

Usahawan dari bangunan mara yang berniaga hampir 20 tahun di kawasan tersebut turut memberi komen negatif terhadap pelancaran GST.

“Dulu kami seronok berniaga sebab ramai pengunjung yang datang ke sini. Selain jalan darat pengunjung turut merentasi laut dari Pantai Merdeka untuk sampai ke sini. Mereka akan membeli dengan banyak kerana barang yang kami jual segar dan murah. Tapi kini pengunjung semakin kurang kerana mereka turut merasa terbeban berikutan kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barang”, ujar Mak cik Yam perniaga di bangunan MARA.

“Saya selalunya datang setiap minggu ke sini untuk membeli barang kering kerana saya berniaga dan duit untuk isi minyak cuma RM30 sahaja. Tapi sekarang saya akan datang sebulan dua kali sebab perjalanan dari Tikam Batu ke sini mengambil masa satu setengah jam dan minyak perlu diisi lebih kerana harga minyak sudah naik. Jadi memang perlu bahagi duit dengan betul sebab saya berniaga nasi lemak sahaja”, terang Kak Salmah pengunjung dan pelanggan di kawasan jeti MARA.

Ekoran itu, industri pelancongan di kawasan ini juga turut terjejas. Nelayan yang menjadi pemandu pelancong turut terkesan kerana kekurangan pelancong dari luar.

Mereka juga menyatakan bahawa tindakan kerajaan menaikkan harga minyak dan mengenakan GST seolah-olah menutup periuk nasi mereka. Dulu pendapatan mereka mencecah RM200 ke RM300 sehari pada hari biasa, tapi kini mereka hanya memperoleh RM300 ke RM400 pada hari cuti. Hal ini amat mendukacitakan buat sektor pelancongan.

“Tanjung Dawai dulu tempat bersejarah. Kami bawa pelancong melalui alur-alur paya yang mana dulu merupakan laluan utama pedagang-pedagang dari luar seperti China, Arab, Indonesia, Thailand dan sebagainya. Tapi sekarang laluan ini menjadi sunyi tanpa pelancong”, terang Encik Rashid pemandu pelancong di situ.

“Kami sebagai penduduk di kawasan ini merasa kecewa kerana tujuan kami wujudkan sektor eko-pelancongan ini adalah untuk mempromosi kepada masyarakat bahawa kawasan ini dahulu popular dengan susur galur pemerintahan dan jajahannya. Masih terdapat penempatan lama yang terkubur yang masih belum diteroka oleh Jabatan Arkeologi dan hanya sejumlah kecil sahaja yang tahu kewujudan penempatan tersebut”, ujar beliau.

“Oleh sebab kekurangan pelancong, kami turut melakukan kerja alternatif lain seperti membawa joran atau jala sementara menunggu kehadiran pelancong demi memastikan terdapat pendapatan sampingan untuk dibawa pulang ke rumah. Kadang-kadang pendapatan sampingan ini lebih membantu dari pendapatan asal kami”, tambah beliau lagi.

Justeru, permasalahan ini seharusnya diselidik dengan teliti bagi memelihara khazanah berharga yang terdapat di Tanjung Dawai agar tidak terjejas dek peredaran zaman.

Masyarakat juga perlu mengambil inisiatif lain bagi menampung perbelanjaan keluarga dan menjadikan sektor perniagaan sebagai sumber utama dalam menjana pendapatan negara. GST dan kenaikkan harga minyak bukanlah isu utama kejatuhan ekonomi kerana pelaksanaan ini telah dilakukan oleh keseluruhan negara dunia dan ianya berjaya.

Oleh itu, rakyat seharusnya peka dengan informasi yang diwar-warkan oleh kerajaan atau badan organisasi lain bagi merebut peluang seperti pinjaman wang tanpa faedah, bantuan mesin-mesin dari industri, pulangan BRIM oleh kerajaan dan pelbagai bantuan lain lagi. Kerajaan turut menggesa kepada mewujudkan pekerjaan berbanding mencari pekerjaan.




Share on Google Plus

About Ekspresi 18

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen anda :):

Journalism for Social Change

UCAPAN PEMBENTANGAN BAJET 2016