MISC
Entrepreneurship Carnival (MEC) 2015 yang dianjurkan oleh DPP MISC
SINTOK-Pembabitan
pelajar dalam bidang perniagaan dan keusahawanan amat memberangsangkan apabila
sebuah carnival keusahawanan disambut meriah oleh keseluruhan pelajar dari
dewan penginapan pelajar (DPP) MISC, UUM.
Program
keusahawanan yang bertemakan ‘MISC Entrepreneurship Carnival (MEC) 2015’
berlangsung selama tiga hari iaitu dari 17 – 19 September ini member impak yang
positif kepada para pelajar dalam membina modal kemahiran insaniah.
Menurut
YB Dato’ Ahmad ZainiJapar, program ini akan menjadi salah satu perkembangan
mental yang positif kepada para pelajar dalam membina pembangunan ekonomi
negara. Beliau yang turut merasmikan ‘MISC Entrepreneurship Carnival (MEC)
2015’ merasa bangga kerana lahirnya pewaris bangsa yang cemerlang seperti yang
dituntut oleh kerajaan.
“Adalah
menjadi satu kebanggaan buat pihak kami kerana berjaya melaksankan program ini
dengan berkesan kami juga tidak menyangka carnival ini mendapat sambutan yang
menggalakkan dari pelajar yang bukan sahaja dari DPP MISC malah keseluruhan DPP
di UUM’, ulas pengarah program ‘MISC Entrepreneurship Carnival (MEC) 2015’,
Mohd Aiziezuddin Suib.
YB Dato’ Ahmad Zaini Japar merasmikan MISC Entrepreneurship Carnival (MEC) 2015 pada akhir pengucapannya
Kehadiran
tertamu kehormat seperti Ustaz Mohd Zamri Bin Hj. Mohd Zainuldin yang juga
dikenali sebagai Ustaz Zamri Matop turut memberi inspirasi kepada semua tetamu
yang hadir. Beliau membicarakan perihal keusahawan menurut perspektif Islam dan
memberi galakan kepada pelajar untuk bergiat aktif dalam bidang perniagaan
umumnya.
‘Saya
berasa teruja kerana sepanjang 5 semester berada di sini, iniadalah program
yang julung kali mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Terdapat banyak
gerai-gerai makanan dan peralatan menjual alat telekomunikasi dengan harga yang
murah’, ujar Nur Amirah Hashim, pengunjung karnival tersebut.
Antara
aktiviti yang dijalankan sepanjang kelangsungan program adalah seperti kempen
derma darah, senam robik, gerai buku, gerai telekomunikasi, pertunjukkan
fesyen, gerai jual kereta dan beberapa aktiviti lain lagi.
Program
dengan kerjasama CUIC UUM ini adalah bertujuan melahirkan generasi yang celik
niaga dan boleh mandiri dalam bidang perniagaan yang diceburi. Program ini
dijangka berulang desakan dari permintaan yang positif. Pelajar juga diberi
saranan untuk bergiat aktif dalam keusahawanan melalui Jabatan CEDI, UUM.
Matlamat
program ini berjaya dengan cemerlang dalam melahirkan generasi yang bijak
mencari peluang terutama dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.
|
0 komen anda :):
Post a Comment