PELAJAR UUM IKUTI KURSUS EJEN KASTAM

Oleh : Beh Weng Sum

Sumber: Unit Komukasi Korporat UUM
SEREMBAN – Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama Kolej Teknologi Alpha dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah mengadakan Kursus Ejen Kastam Eksekutif pada 17 Januari 2015. Seramai 85 orang pelajar dari Kolej Teknologi Alpha telah menyertai kursus tersebut.

Kursus sepuluh hari itu berlangsung di Kolej Teknologi Alpha dan dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Prof. Dr. Hassan Ali pada 17 Januari yang lalu.

Kursus ini berjaya mendedahkan professionalism pengurusan perkastaman serta memberi penekanan dalam penambahan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar.

Dr Hassan Ali berkata bahawa kursus berkenaan mampu memberi nilai tambah kepada para pelajar yang akan menamatkan pengajian dan memulakan alam pekerjaan nanti.

Kursus Ejen Kastam mendedahkan peserta kepada standard pematuhan terhadap prosedur perkastaman dalam urusan perdagangan. Peserta juga menduduki peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Ejen Kastam.

Kursus Ejen Kastam Eksekutif pada kali ini berjalan dengan lancar dan berjaya. Semua pihak yang berkenaan berpuas hati terhadap penganjuran tersebut.


Share on Google Plus

About Ekspresi 18

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen anda :):

Journalism for Social Change

UCAPAN PEMBENTANGAN BAJET 2016