MENAIK TARAF BANDAR PASIR PUTEH

Oleh : Rosmaida binti Zakaria


Bangunan yang dibina untuk masyarakat Pasir Puteh berniaga dan jalan raya yang menghubungkan Kampung Siam dan Jerteh

Majlis Daerah Pasir puteh bekerjasama dengan sebuah syarikat HLKV atau dikenali sebagai HLK Ventures Sdn Bhd bertujuan untuk menaik taraf bandar Pasir Puteh menjadi sebuah pusat bandar yang maju di kawasan tersebut  yang di namakan Pasir Puteh Centre. Pembinaan Pasir Puteh Centre dapat  memberi manfaat kepada masyarakat dengan menyediakan pelbagai kemudahan kepada mereka seperti pasaraya, stesen bas, dan gerai yang bertempat di kawasan tersebut
Sebanyak RM2 bilion telah diperuntukkan untuk projek pembinaan Pasir Puteh Centre yang menghubungkan kampung Siam dan Jerteh. Hal ini memudahkan masyarakat Pasir Puteh membeli barang keperluan asas kerana terdapat pelbagai pasaraya yang menyediakan perkhidmatan jualan. Projek pembinaan ini  siap pada 15.09.2015 yang dirasmikan oleh Yb rs, Drs Hj Saiful Bharin Bin Muhamad selaku ketua Majlis Daerah Pasir Puteh Kelantan. Pembukaan bandar baru Pasir Puteh dapat membuka minda masyarakat setempat untuk terus maju ke hadapan setanding dengan bandar lain
Menurut beliau, dengan pembangunan yang dibuat ini dapat memajukan lagi bandar Pasir Puteh dari segi ekonomi dan infrastruktur. Kemudahan infrastruktur dapat ditingkatkan seperti keadaan struktur jalan raya, rangkaian telekomunikasi dan pembinaan petempatan di kawasan tersebut. 
“Pembangunan bandar Pasir Puteh juga dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk berniaga dan meningkatkan lagi hasil jualan yang boleh meningkatkan pendapatan mereka”, jelas beliau. 
Tambahnya lagi, dangan pembukaan  Pasir Puteh Centre akan dapat melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan anak muda dengan memberi kemudahan kepada mereka seperti  menyediakan tempat untuk berniaga. Ini juga bertujuan untuk memperkembangkan perniagaan mereka dalam melahirkan  usahawan.
Peluang pekerjaan
Menurut salah seorang peniaga  Encik Razi berkata, pembangunan bandar Pasir Puteh Centre akan menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat terutamanya anak muda yang tidak berhijrah ke bandar. Hal ini kerana, pasaraya seperti Pantai Timur dan Tesco yang turut dibina di kawasan tersebut. Ini dapat memberi peluang pekerjaan kepada mereka sekaligus menambah pendapatan mereka. 
Tempat yang strategik
 Pembukaan bandar Pasir Puteh yang menghubungkan Kampung Siam dan Jerteh merupakan tempat yang strategik kepada semua masyarakat untuk mendapatkan barangan keperluan harian. Hal ini kerana, kawasan tersebut terletak berhampiran dengan jalan raya yang dapat memudahkan masyarakat untuk membeli barangan berbanding kawasan sebelumnya. Tempat itu juga tidak terlindung dengan mana-mana pembangunan. Hal ini kerana, pasar sebelum ini terlindung dengan stesen minyak dan bank CIMB. Ini memberi kemudahan kepada semua masyarakat setempat.
Meningkatkan pendapatan penduduk
Pembukaan Tesco, KFC, Pasaraya Pantai Timur dan stesen bas dapat meningkatkan pendapatan penduduk.
Menurut salah seorang penduduk pasir puteh iaitu Salwani berkata, dengan pembangunan bandar Pasir Puteh Centre dapat membantu beliau meningkatkan pendapatan apabila menjadi kerani di stesen bas.  
Tambahnya lagi, ia juga dapat mengurangkan kes pengangguran dalam kalangan masyarakat di bandar Pasir Puteh serta dapat meningkatkan taraf hidup mereka.  
Kemudahan Infrastruktur
Salah seorang penduduk Pasir Puteh iaitu Encik Ibrahim berkata,  pembangunan bandar Pasir Puteh turut memberi sinar baru kepada semua lapisan masyarakat apabila kerajaan menambahbaik kemudahan infrastruktur di kawasan tersebut. Ini dapat memudahkan pergerakan masyarakat untuk pergi ke destinasi tertentu tanpa mengalami kesesatan jalan raya.  Kemudahan infrastruktur di kawasan tersebut membantu meningkatkan pembinaan kawasan petempatan di kawasan sekitar. Ini dapat memajukan lagi bandar Pasir puteh.  
Secara umumnya, pembangunan bandar Pasir Puteh dapat memberi banyak manfaat kepada semua pihak. Ini  jelas menunjukkan  bahawa kerajaan prihatin kepada masyarakat Pasir Puteh dengan menaik taraf bandar Pasir Puteh yang  dapat membantu memudahkan segala urusan yang dijalankan oleh penduduk.  Oleh itu, kemudahan yang disediakan haruslah dimanfaatkan oleh semua pengguna dalam memajukan kehidupan mereka selaras dengan Wawasan 2020.





Share on Google Plus

About Ekspresi 18

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen anda :):

Journalism for Social Change

UCAPAN PEMBENTANGAN BAJET 2016