PENINGKATAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN BERI NAFAS BARU PADA BANDAR JITRA

Oleh: Nurul A’yuni binti Ahmad

Peluang perniagaan yang semakin berkembang

Peningkatan pembangunan perumahan memberi nafas baru kepada penduduk di bandar Jitra dengan mengangkat nama bandar tersebut sebagai sebuah bandar yang maju dan kini lebih dikenali di seluruh pelosok negeri di Malaysia.

‘Nasib rakyat di negeri Kedah kini lebih terjamin apabila pembangunan semakin meningkat dan secara tidak langsung kadar kemiskinan dapat diatasi secara keseluruhan’, kata Menteri Besar Kedah, Yab. Dato’ Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir pada sebuah majlis makan malam di Jitra, Kedah.

Menurut beliau lagi, kadar migrasi di negeri Kedah semakin bertambah selepas pembangunan semakin pesat berlaku. Hampir separuh daripada bandar Jitra dipenuhi oleh pembangunan perumahan disebabkan oleh kadar pertambahan masyarakat yang semakin meningkat dari masa ke semasa. Peluang ekonomi juga semakin terbuka dan meningkat selaras dengan kepadatan penduduk.
Pembangunan perumahan di Jitra

Anak-anak Kedah yang pada awalnya merantau ke negeri orang untuk mencari rezeki kini sudah pulang ke negeri ini berikutan kemajuan yang semakin pesat berlaku. Bahkan, ada yang bukan berasal dari negeri Kedah juga turut berhijrah ke negeri ini untuk memulakan kehidupan baru dan turut sama-sama merasa pembangunan yang dilalui oleh negeri Kedah.

Kepesatan pembangunan perumahan juga menunjukkan bahawa tahap ekonomi penduduk kini semakin pulih berikutan peningkatan tahap ekonomi bandar dan membolehkan rakyat memiliki rumah sendiri. Kadar pengangguran juga semakin berkurang dan sekaligus ia membantu mengurangkan kadar jenayah dan gejala sosial dalam kalangan belia. Golongan belia kini mempunyai pelbagai pilihan pekerjaan sesuai dengan minat dan kelulusan mereka.

Selain itu, kelebihan bandar ini juga menjadikan negeri Kedah dan juga bandar Jitra sebagai tumpuan pelancong. Ini disebabkan oleh bandar ini mempunyai pelbagai tarikan sama ada dari aspek ekonomi, kemajuan, keindahan panorama dan sebagainya. Semakin tinggi bilangan pelancong yang datang ke negeri Kedah, semakin meningkat tahap ekonomi bandar.

Bandar Jitra boleh semakin maju sekiranya kerajaan memberi lebih banyak peluang kepada golongan belia khususnya untuk menceburi bidang perniagaan. Golongan ini perlu dibantu dari segi kewangan memandangkan mereka baru sahaja ingin memulakan perniagaan. Kerajaan perlu memberi sokongan sepenuhnya kepada belia agar mereka yakin dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan perniagaan.
Peluang ekonomi yang sedia ada dan semakin mendominasi sekitar bandar Jitra ialah perniagaan. Kerajaan perlu menggalakan rakyat untuk mempelbagaikan lagi ekonomi bandar demi kemajuan negeri Kedah. Antara peluang ekonomi yang boleh dimajukan ialah perkhidmatan dan ia boleh dikembangkan kepada beberapa jenis seperti perkhidmatan telekomunikasi, butik, dan sebagainya.

Golongan belia kini semakin bijak mendominasi peluang ekonomi dan juga memanipulasi cabang perniagaan. Jika dahulu, perniagaan butik hanya menjual pakaian sahaja, kini, mereka telah meningkatkan taraf perniagaan ke satu tahap yang lebih moden dan lebih menjanjikan pulangan modal yang lebih banyak iaitu dengan menjadikan butik sebagai ‘vendor butik’ di mana ia bukan sahaja premis yang menjual pakaian malahan turut menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. 

Kemajuan bandar Jitra boleh ditingkatkan lagi dengan menjadikan tahun 2016 sebagai tahun ‘Melawat Kedah’. Kebiasaannya, apabila sesebuah negeri atau negara dijadikan sebagai tempat tumpuan pelancong, ekonomi akan naik mendadak dan begitu juga perkhidmatan. Ia dapat membantu meningkatkan lagi pendapatan ekonomi negeri dan juga menjadikan negeri berkenaan lebih dikenali di mata masyarakat.

Kini, bandar Jitra semakin meniti puncak kemajuan di mana semua rakyat terbela nasibnya, peningkatan peluang ekonomi dan perkhidmatan serta menjadi salah satu tumpuan pelancong. Pembangunan perumahan masih giat dan terus aktif membangun bagi memberi peluang kepada rakyat untuk menikmati kemajuan yang dimiliki oleh negeri Kedah.

Yab Dato’ Seri Mukhriz B Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah di majlis makan malam di Jitra







Share on Google Plus

About Ekspresi 18

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen anda :):

Journalism for Social Change

UCAPAN PEMBENTANGAN BAJET 2016