SINTOK,
20 Sept - Program 1 Step to Cleaness sempena kemerdekaan telah di adakan di
Dewan Penginapan Pelajar Bank Rakyat baru-baru iniProgram anjuran Biro
Integeriti bersempena bulan kemerdekaan lebih menfokuskan kepada penjagaan
kebersihan dan keceriaan blok penginapan.
Program
ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan suasana yang ceria dan harmoni dalam
kalangan mahasiswa serta memberi kesedaran kepada mahasiswa tentang kebersihan
kearah melestarikan pembangunan.
Pengarah
Projek, Muhamad Afif berkata, program yang diadakan ini dapat memberi kesedaran
kepada semua mahasiswa tentang kepentingan menjaga kebersihan untuk mengelakkan
daripada mendapat penyakit seperti Aedes, asma dan keracunan makanan.
“Program
ini dapat mewujudkan suasana harmoni di setiap blok dan menanam sifat cintakan
kebersihan dalam kalangan mahasiswa terhadap pembangunan alam sekitar”, ujarnya.
Tambahnya
lagi, program sebegini haruslah mendapat sokongan daripada semua pihak kerana
program ini bukan hanya untuk menceriakan kawasan blok malahan dapat mengubah
persepsi, sikap dan amalan mahasiswa terhadap kepentingan menjaga kebersihan.
Program
ini dirasmikan oleh Dr. Rohizan Halim Pengetua DPP Bank Rakyat dan juga turut
dihadiri oleh Penolong Presiden dan Pengarah Projek. Smasa merasmikan majlis
itu, beliau berkata, program sebegini haruslah diadakan bagi mewujudkan ukhuwah
antara mahasiswa.
Tambahnya
lagi, ia juga dapat melahirkan mahasiswa yang kreatif dan berfikiran terbuka
dalam pelbagai bidang.
“Blok
yang bersih, menarik dan ceria mampu melahirkan mahasiswa yang berjaya dari
segi akedemik dan kokurikulum selaras dengan hasrat kerajaan yang inginkan
mahasiswa sekarang aktif dalam pelbagai bidang ke arah pembangunan negara”, katanya.
0 komen anda :):
Post a Comment