PR1MA DAN PPA1M BANTU RAKYAT MILIKI RUMAH

Oleh: Nabilah Binti Zulkifli

                                 Lima tunjang utama dalam menggariskan Bajet 2016.

Pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 23 Oktober 2015 bertemakan “Mensejahterakan Kehidupan Rakyat” menggariskan kepada lima tunjang utama iaitu memperteguhkan ketahanan ekonomi negara, meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau, mempersiaga modal insan, memperkasa agenda bumiputera serta meringankan kos sara hidup rakyat.

Dalam peruntukan Bajet 2016, kerajaan memberikan intensif bagi pembinaan rumah menerusi skim Permahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).

Pembinaan PR1MA dan PPA1M ini adalah untuk memastikan rakyat berpendapatan rendah hingga sederhana boleh memiliki rumah ketika mereka bergelut dengan peningkatan kos sara hidup.

Insentif rumah baharu penuhi keperluan pelbagai masyarakat

Menerusi Bajet 2016, insentif perumahan diperuntukan sebanyak 175,000 unit PR1MA dan 100,000 unit PPA1M bakal dibina untuk segenap lapisan masyarakat. Kerajaan menyedari bahawa intensif pembinaan rumah mampu milik adalah penting dalam usaha menangani isu pemilikan rumah dan meringankan kos sara hidup rakyat. Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan mengambil berat serta prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Dalam pada itu, Bajet 2016 juga tidak meminggirkan kebajikan Orang Asli dimana menerusi bajet tersebut, kerajaan memperuntukan RM60 juta kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli khusus untuk pembinaan rumah bagi masyarakat tersebut.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebanyak 351,500 unit rumah bakal dibina oleh pelbagai agensi kerajaan untuk segenap lapisan masyarakat dalam usaha menangani isu pemilikan rumah dan meringankan kos sara hidup rakyat.

Menurut Pengarah Urusan Bina Darulaman Berhad, Datuk Izham Yusoff, pemberian insentif bagi pembinaan rumah menerusi skim PR1MA juga membantu  rakyat untuk mendapatkan harga kediaman 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran semasa di kawasan berkenaan.

IBS kurang kos pembinaan

Selain itu, kerajaan juga menyediakan dana khas untuk menggalakkan penggunan sistem binaan industri (IBS) di negara ini.

Peruntukan “Dana Promosi” berjumlah RM500 yang diberikan kepada pemaju dan kontraktor bukan sahaja akan membantu mempercepatkan penyerahan projek tetapi juga mengurangkan kos pembangunan dan pergantungan kepada pekerja asing.

Justeru itu, Bajet 2016 dapat menggalakkan lebih ramai kontraktor dan pemaju untuk memohon program terbabit agar dapat membantu dalam menyediakan rumah lengkap kepada golongan kurang bernasib baik.

Sehubungan itu, kerajaan memperuntukan pengecualian duti setem ke atas instrumen pembiayaan untuk kontraktor menyelamatkan projek terbengkalai dan pembeli asal juga adalah satu langkah yang positif dalam usaha untuk memulihkan projek terbengkalai.

Sokong langkah kerajaan

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Seri FD Iskandar FD Mansor berkata, 10 program untuk perumahan mampu milik yang diumumkan adalah satu langkah tepat ke arah menggalakkan rakyat memiliki aset hartanah.

Program PR1MA, PPA1M, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dijangka akan membawa masuk lebih banyak unit rumah mampu milik dalam pasaran serta diharap dapat menstabilkan harga pasaran untuk manfaat rakyat.

Secara keseluruhannya, walaupun peruntukan Bajet 2016 untuk pemilikan rumah sedikit menurun, namun kerajaan telah meningkatkan peruntukan unit PR1MA daripada 80,000 unit pada Bajet 2015 kepada 175,000 unit PRIMA pada Bajet 2016.

Hal ini menunjukkan, pihak kerajaan berusaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat walaupun negara berdepan dengan cabaran ekonomi dunia yang tidak menentu.




Share on Google Plus

About Ekspresi 18

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen anda :):

Journalism for Social Change

UCAPAN PEMBENTANGAN BAJET 2016