Oleh : Mohd Mazliezumi bin Ahamed
Gotong Royong Yang
Diadakan Oleh DPP YAB baru- baru ini.
|
SINTOK - Dewan Penginapan Pelajar Yayasan
Albukhary (DPP YAB) telah mengadakan satu program Gotong Royong Perpaduan
baru-baru ini dengan jayanya.
Program ini bertujuan untuk menyemai semangat kerjasama
dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar DPP YAB yang terdiri
daripada mahasiswa dalam pelbagai kalangan ko-kurikulam iaitu Sukarelawan Polis
Siswa Siswi (SUKSIS), Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Atlet Golf
dan ‘Civilians’.
Di samping itu, menerusi program ini juga ia
dapat memupuk semangat cintakan kebersihan dan menjaga alam sekitar.
Program yang
berlangsung selama sehari ini disertai oleh 600 orang pelajar DPP YAB. Antara
aktiviti yang dijalankan seperti aktiviti pembersihan seperti sekitar kawasan
blok kediaman, surau laluan C, kafe lama, dewan, stor dan bilik-bilik ‘pantry’.
Turut serta dalam program ini ialah Cik Sharima Ruwaida Abbas, Pengetua DPP YAB, Penolong Pengetua Kapt. Shah Hadi, Dr Lee, dan Puan Zulaidah serta Puan Rozana selaku Penolong Pengurus Asrama DPP YAB, dan juga mendapat kerjasama daripada pegawai sukarela PALAPES.
Menurut Pengarah Projek, Mohamed Fathan Safuan, program seumpama ini dapat membantu mengeratkan ukhwah antara pelajar terutamanya pelajar PALAPES di samping dapat mengekalkan kebersihan blok kediaman.
Program Gotong Royong seumpama ini diharap dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan dalam mendidik mahasiswa untuk menjaga kebersihan. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan semangat ukhuwah serta perpaduan dalam kalangan pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang.

0 komen anda :):
Post a Comment