Dalam usaha meningkatkan
sumber bekalan makanan negara, kerajaan telah memperuntukan RM5.3 bilion kepada
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi menggerakkan aktiviti dalam
sektor pertanian.
Sehubungan itu, bajet
RM5.3 bilion yang diumumkan baru-baru ini memberi impak positif kepada para
petani dalam peranannya sebagai mensejahterakan rakyat. Kerajaan juga telah
menggariskan lima tujang utama dalam bajet berkenaan iaitu memperteguhkan
ketahanan ekonomi negara. Melalui sektor pertanian, hasil makanan dapat dijana
secukupnya kepada rakyat dan mengelakkan daripada berlakunya wang keluar
melalui pengambilan bahan makanan hasil pertanian dari Thailand atau negara
luar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Melalui sektor pertanian juga,
produktiviti dapat dipertingkatkan melalui penghasilan produk bahan makanan dan
peluang pekerjaan. Dalam proses inovasi dan teknologi hijau, kerajaan kerajaan
berperanan dalam menggalakkan penggunaan teknologi terkini bagi memudahkan
aktiviti pertanian dan menghasilkan baka yang bermutu melalui Research and
Development (R&D).
Memperkasa modal insan
juga dapat diterapkan melalui bimbingan keusahawanan pertanian kepada pelapis
muda untuk mengelakkan daripada melakukan masalah sosial dan masalah
pengangguran. Kerajaan berperanan dalam memperkasa agenda bumiputera seperti
membangunkan golongan yang miskin tegar dan miskin melalui bantuan kepada
petani yang majoritinya terdiri daripada kaum bumiputera seperti pemberian
insentif harga padi. Kerajaan juga menggalakkan penglibatan kaum bumiputera
dalam sektor usahawan pertanian dan pemberian geran pemadanan kepada petani
yang layak.
Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak berkata, usaha berkenaan akan dikelola menerusi empat
program utama meliputi penanaman, menaik taraf infrastruktur, pembukaan pasar
tani baharu dan program agroprenur muda.
Bantu
pekebun kecil
Bagi golongan pekebun
kecil dan penoreh getah, kerajaan memperuntukan sebanyak RM852 juta kepada
RISDA dan FELCRA untuk melaksanakan pelbagai program peningkatan dan
produktiviti.
Industri getah juga
ditambah baik menerusi Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dengan mengaktifkan
harga baharu SMR 20 FOB pada kadar RM550 bagi satu kilogram (kg) serta untuk
getah beku pula kepada RM2.20 kg melalui peruntukan RM200 juta.
Berdasarkan anggaran
purata pengeluaran 250 kilogram sebulan bagi setiap hektar pemilik kebun seluas
dua hektar dijangka mampu meraih pendapatan RM1000 sebulan. Jika harga pasaran
getah sekerap ialah RM2.00 sekilogram. Melalui bayaran tambahan IPG sebanyak 20
sen bagi setiap kilo, pendapatan keseluruhan pemilik kebun tersebut akan
meningkat kepada RM1100 sebulan dan seramai 300,000 pekebun getah akan menerima
manfaat daripada bantuan kerajaan.
Peruntukan RM320 juta
yang diberikan oleh kerajaan bagi melaksanakan Bandar Raya Getah di Kedah akan
menjadi pencetus seta menigkatkan aktiviti korporat dalam industri berkenaan
termasuklah sektor bumiputera.
Menurut Datuk Dr. Ku
Abd Rahman Ku Ismail, Exco Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan
Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi Kedah berkata, Bandar Raya Getah
mampu menyediakan sehingga 20,000 peluang pekerja, khususnya kepada rakyat
Kedah khususnya di Padang Terap.
Galak
tingkatkan mutu padi
Pelaksanaan Inisiatif
Pemutuan Sebenar Padi dan menambahbaik Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) mulai
awal tahun hadapan akan menggalakkan petani meningkatkan mutu padi dan hasil
tuaian mereka.
Menurut Datuk Seri
Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata beliau
gembira kerana perdana menteri mengumumkan sejumlah sejumlah peruntukan yang
memungkinkan lebih 150,000 petani di seluruh negara mengusahakan sawah padi
lebih dua hektar.
Program Pemutuan
Sebenar Padi adalah berasaskan penyeragaman harga padi pada paras RM1200 setiap
tan. Penigkatan kadar SSHP dari RM248.10 kepada RM300 bagi setiap tan akan
memberi pendapatan yang lumayan kepada petani. Sekiranya seseorang petani itu
manghasilkan enam tan padi yang menepati kualiti pemutunan 20 peratus
pemotongan, beliau layak mendapat hasil jualan sebanyak RM5760. Jadi, menerusi
peningkatan kadar SSHP akan menjadikan jumlah pendapatan seorang petani
meningkat daripada RM1190 kepada RM1440. Secara keseluruhannya, petani tersebut
akan mendapat keuntungan sebanyak RM7200 pada setiap kali penuaiannya.
Program
berimpak tinggi
Melalui peruntukan yang
disalurkan oleh kerajaan sebanyak RM450 juta, program berimpak tinggi boleh
dilaksanakan seperti penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran, geran pemadanan
dan penyelidikan produk herba serta penternakan sangkar.
Program yang berimpak
tinggi ini akan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat kerana semua
kerja-kerja dalam pelaksanaan program berimpak tinggi ini memerlukan tenaga
kerja yang ramai bagi membolehkan projek ini beroperasi dengan lancar.
Semua program yang
dicadangkan akan membekalkan makanan kepada rakyat Malaysia terutamanya
sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, daging dan ubat-ubatan. Semua hasil
pengeluaran bahan makanan dari program berimpak tinggi ini akan meningkatkan
hasi pendapatan melalui hasil eksport ke luar negara seperti memasarkan
buah-buahan tempatan ke negara luar. Program ini sedikit sebanyak akan
melahirkan usahawan baharu melalui pemberian geran pemadanan untuk memulakan
penanaman. Hal ini memberi semangat dan menimbulkan minat rakyat Malaysia dalam
menceburkan diri dalam bidang pertanian yang berimpak tinggi.
Naik
taraf infrastruktur
Infrastruktur asas
merupakan keperluan yang diperlukan oleh petani untuk memulakan aktiviti
pertanian mereka. Justeru, sebanyak RM180 juta diperuntukan bagi menaik taraf
infrastruktur saliran dan pengairan di kawasan pembangunan pertanian bersepadu.
Sistem saliran
memainkan peranan penting bagi membekalkan air kepada kawasan pertanian
terutamanya untuk tanaman padi sawah yang memerlukan bekalan air yang mencukupi
bagi sepanjang tahun. Jadi, menaik taraf infrastruktur saliran dan pengairan
sangat penting dalam membekalkan air kepada sawah-sawah padi bagi
mempercepatkan proses pertumbuhan pokok padi. Bagi tanaman lain seperti
sayur-sayiran dan buah-buahan, sumber air penting untuk aktiviti penyiraman
tanaman-tanaman mereka supaya tanaman tersebut tidak terencat atau terbantut.
Pembukaan
pasar tani dan Agrobazaar Rakyat 1 Malaysia
Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak berkata, Lembaga Persekutuan FAMA yang bertanggujawab
dalam pemasaran produk pertanian, menerima peruntukan RM190 juta bagi
menjayakan bagi Program Penurunan Harga dengan menambah 50 lagi pasar tani dan
mewujudkan 150 Agrobazaar Rakyat 1 Malaysia (ABR1M) yang baharu.
“40 peratus daripada
jualan di ABR1M adalah barang-barangan basah seperti ikan, sayur dan sebagainya
akan dijual dengan harga yang dianggarkan lima hingga 30 peratus lebih rendah
berbanding daripada harga pasaran”, katanya.
Penurunan harga makanan
yang berasaskan sumber pertanian menjadi rendah kerana pihak FAMA mengambil dan
memasar terus hasil pertanian dari ladang terus ke pasar dan menjadikan ia
lebih murah dan berpatutan daripada harga asal. Hasil pertanian yang
dikeluarkan oleh negara sendiri mengalami penurunan paras harga kerana tidak
mengalami proses import masuk daripada negara luar seperti barangan makanan
dari Thailand.
Program
Pembangunan Agroprenur Muda
“Untuk menggalakan penglibatan golongan muda
dalam industri pertanian, RM90 juta diperuntukan untuk meneruskan pelaksanaan
Program Pembangunan Agroprenur Muda”, kata Najib.
Menurutnya lagi, dua
bentuk bantuan yang akan diberi adalah pemberian geran ‘inkind’ dan penyediaan
dana pembiayaan usahawan.
Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, generasi muda
disasarkan menjadikan pertanian sebagai pilihan kerjaya kerana ketika ini hanya
15 peratus mereka yang berusia 40 tahun ke bawah menceburi bidang itu.
Katanya lagi, angka itu
menunjukkan bahawa orang muda masih beranggapan pertanian bukan kerjaya yang
sesuai buat mereka sebaliknya adalah kerja orang tua. Sehubungan itu, generasi
muda terutamanya graduan Institusi Latihan Pertanian (ILP) disasarkan menjadi
agen mentranformasikan sektor pertanian dengan kekal berkecimpung dalam
industri agro makanan.
Selari dibawah usaha
ini, beberapa institusi dan jabatan kerajaan berkaitan pertanian turut melalui
proses penjenamaan semula.
Antara yang bakal
terlibat ialah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI),
Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan. Turut menerima
manfaat adalah Projek Ladang Penggandaan untuk penternakan lembu dan ladang
ayam kampung.
Graduan yang tamat
pengajiannya, disarankan menjadi usahawan pertanian kerana dalam
era-globalisasi ini, peluang pekerjaan dalam sektor awam dan swasta semakin
terhad.
Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani menyasarkan sejumlah 3000 belia berumur 40 tahun ke
bawah didaftarkan di bawah program Agroprenuer tahun ini. Menterinya, Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini seramai 1900 belia seluruh
negara telah berdaftar di bawah program itu.
Pelbagai kemudahan
disediakan kementerian di bawah program tersebut antaranya dalam bidang
keusahawanan, pertanian, penternakan dan lain-lain. Golongan belia yang
berdaftar akan diberikan latihan dalam bidang yang mereka minati supaya mahir
sebelum mereka memulakan projek masing-masing.
Datuk Seri Ismail Sabri
berkata, Agro Bank bersedia memberi pinjaman mudah tanpa cagaran sehingga
RM300,000 kepada mereka yang berhasrat memulakan projek pertanian, manakala
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) pula akan memberi antara RM50,000
hingga RM100,000 sebagai modal perniagaan.
Beliau berkata, belia
yang berminat untuk menjadi usahawan dan menceburi bidang pertanian dan
ternakan dipelawa menyertai program Agroprenuer itu kerana ia mampu memberikan
pendapatan lumayan dan menjamin masa depan mereka.
Segala kemudahan
katanya, disediakan kerajaan adalah untuk melahirkan belia berjaya dan maju
dalam membantu kerajaan menjana ekonomi negara menjelang 2020.
Bajet 2016 sememangnya
menjadi penggerak kepada perubahan kehidupan petani dan mentranformasikan
pendapatan petani melalui peluang pekerjaan, bantuan subsidi dan kemudahan
infrastruktur yang disediakan. Jadi rakyat Malaysia perlu mengambil inisiatif
untuk menyahut seruan kerajaan dengan menyertai segala program yang disarankan.
0 komen anda :):
Post a Comment