PROGRAM PERNIAGAAN FRANCAIS IPT MALAYSIA

Oleh : Siti  Fatimah Binti Daud

Para peserta memperkenalkan produk perniagaan yang dijalankan kepada pengungjung.

SINTOK, 30 Sept 2015 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan  Persatuan Francais Malaysia (MFA) dengan kerjasama College Of  Business (COB) telah mengadakan program perniagaan francais  antara IPT di Malaysia baru-baru ini.

Program yang diadakan di Universiti Putra Malaysia melibatkan 10 buah universiti termasuk Universiti Utara Malaysia yang telah menghantar empat orang wakil.
Menurut Pensyarah Kolej Perniagaan, Dr Mohd Yusuf program ini dapat membantu pelajar mencipta nama dalam perniagaan.

“Program seumpama ini mampu memberi peluang kepada para pelajar untuk memiliki perniagaan sendiri disamping dapat memperluaskan lagi perniagaan dengan mewujudkan beberapa francais. Di samping itu, UUM dapat mencipta nama ke peringkat lebih jauh dalam bidang keusahawanan,” katanya.

Selain itu, melalui program ini Pusat Pengajian Perniagaan berusaha mendorong dan membantu mahasiswa UUM yang menjalankan perniagaan berasaskan minuman seperti “Buble Shake” bagi mengembangkan dan menempatkan nama dalam perniagaan francais.

Program ini yang turut melibatkan pembentangan pelan perniagaan memperkenalkan perniagaan yang dijalankan oleh mahasiswa.

Dalam program ini pihak penganjur akan membuat penilaian terhadap pembentangan pelan perniagaan. Pelan perniagaan yang terbaik akan dipilih dan berpeluang membuka francais di seluruh Malaysia dengan bantuan KPDNKK dan MFA.

Program perniagaan ini memberi peluang dan pendedahan kepada saya sendiri sebagai peserta untuk lebih mengetahui tentang proses memulakan perniagaan francais. Selain itu, saya berpeluang mengenali dengan golongan ahli perniagaan francais yang berjaya sekaligus ianya dapat memberi inspirasi untuk saya pergi lebih jauh dalam bidang ini,” jelas Nadia Shaik Dawood, pelajar jurusan Pemasaran.

Justeru itu, melalui program yang dianjurkan ini dapat melahirkan ramai usahawan muda yang baru dalam kalangan pelajar IPT. Program ini banyak membantu dalam memberikan pendedahan terhadap dunia perniagaan di mana ianya mempunyai pelbagai cabaran.

Pengunjung mencuba salah satu produk perniagaan yang diperkenalkan.



Share on Google Plus

About Ekspresi 18

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen anda :):

Journalism for Social Change

UCAPAN PEMBENTANGAN BAJET 2016