Pengusahaan
kedai Usop Mee Udang yang menjadi tarikan pengunjung di Pulau Sayak.
|
Kehidupan
pelajar universiti berbeza dengan kehidupan di luar kampus. Perbezaan ketara
ialah dari segi kewangan. Mahasiswi di universiti memerlukan perbelanjaan yang
besar. Pinjaman PTPTN atau biasiswa yang diperolehi masih tidak mencukupi.
Situasi yang berlaku ini telah mendorong sebahagian besar siswa untuk beniaga
bagi menambah duit poket.
Atas
desakan kos perbelanjaan yang semakin meningkat, Haizum Nadhirah merupakan
pelajar program Komunikasi di Universiti Utara Malaysia (UUM) terpanggil untuk
menjalankan perniagaan sendiri dalam kampus. Beliau yang berasal dari Alor
Star, Kedah merupakan anak yang ketiga daripada enam adik beradik telah berjaya
mengusahakan perniagaannya iaitu dari Mee Udang ke fesyen tudung muslimah.
Pengalaman
beliau dalam mengusahakan Mee udang membuatkan beliau lebih yakin tampil
sendiri dalam menguasahakan perniagaannya kini. Resepi Mee udang telah diambil
alih oleh Usop Mee udang bersempena nama bapa beliau daripada warisan
terdahulu.
Menurut
beliau, perniagaan warisan Mee Udang sudah terkenal di pelusuk negeri Kedah.
Hal ini bukan sahaja hidangan yang sedap malah harga sangat berpatutan.
Perniagaan mereka sudah keluar melalui siaran TV3. Selain itu, hubungan baik
bapa beliau dengan ramai wartawan telah mempromosi masakan mereka di dada
akhbar, Televisyen dan juga pernah masuk dalam majalah Singapura.
Kejadian
Tsunami merupakan pengalaman yang pahit bagi perniagaan mereka. Hal ini kerana
jualan sangat merosot ketika itu ekoran musibah yang melanda. Kedua ialah
pengalaman dari segi pesaing. Beliau pernah mengalami kerugian besar kerana
gerainya tidak dikunjungi oleh pelanggan. Hal ini kerana buatan sihir dari
pesaing lain agar gerai mereka kelihatan ditutup oleh pelanggan.
Terokai pasaran
Fesyen Muslimah
Koleksi
tudung HN Collection yang diusahakan oleh Haizum
|
Berdasarkan
pengalaman yang dilalui oleh keluarga mereka, beliau menganggap pengalaman
pahit ini merupakan asam garam dalam dunia perniagaan. Menurutnya, pengalaman
mematangkan beliau untuk menceburi perniagaan tudung secara online.
Penjenaman
Akhdan Collection iaitu gabungan nama sahabat dimana harga tudung dijual dengan
harga modal sahaja merupakan permulaan idea bagi penjenamaan koleksi tudung
mereka.
Seterusnya
penjenamaan Akhdan Collection telah ditukar kepada HN Collection iaitu sempena
namanya Haizum Nadhirah. Perniagaan tudung kini telah didaftar di bawah
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Perniagaannya
telah mula menjadi viral dan mendapat sambutan yang hangat terutamanya dari
kalangan mahasiswi dalam kampus dan juga pelanggan dari luar kampus UUM.
Koleksi tudung muslimah sangat sesuai bagi golongan mahasiswi untuk tampil
dengan lebih sopan dan selesa ke kelas.
Menurutnya,
modal untuk membuat perniagaan tudung ini hasil dari titik peluhnya sendiri.
Permulaan modal sebanyak RM1000. Pasaran tudung akan dipromosikan melalui
penggunaan media baru seperti Facebook dan Istagram selain jualan secara
langsung.
Beliau
suka mengambil risiko dalam setiap apa yang ingin diceburinya. Perniagaan Mee
Udang akan dibuka satu cawangan lagi iaitu akan diletakkan restoren ikan bakar.
Selain Mee Udang, ikan bakar dan jenis-jenis pencuci mulut akan disediakan di
restoren mereka.
Beliau
berkata bahawa beliau bukan sahaja berniaga untuk mendapatkan untung, tetapi
menanam minat yang lebih mendalam untuk membantu golongan yang susah hasil
daripada keuntungan mereka.
Kejayaan
bukan terletak kepada teoritikal, tetapi terletak kepada perancangan dan usaha
seseorang untuk berjaya. Sejak kecil lagi beliau diasuh untuk berdikari sendiri
untuk mencapai sesuatu, katanya. Ini membuatkan beliau lebih tabah dan tidak
menganggap sesuatu masalah itu sebagai cabaran dan bukan beban kepada mereka,
jelasnya.
0 komen anda :):
Post a Comment