KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI ATUR STRATEGI PERBELANJAAN BERHEMAH

Oleh: Chen Kai Qi

Analisis Pemotongan Bajet 2016 Universiti Awam

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyarankan beberapa langkah dan strategi yang boleh diambil oleh Universiti Awam (UA) di negara ini bagi mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan, akibat daripada pengurangan peruntukan dalam Bajet 2016.

Bagi Bajet 2016, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerima peruntukan RM13.378 bilion berbanding RM15.785 bilion dalam Bajet 2015 telah menunjukkan pengurangan sebanyak RM2.4 bilion.

Menurut Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, peruntukan ini yang hanya pada kadar 12.04% daripada keseluruhan bajet 2016 merupakan penurunan yang ketara berbanding dengan ketetapan 34.55% daripada keseluruhan bajet pada tahun 2010.         

Ahli Parlimen DAP Zairik Khir Johari telah mengeluarkan beberapa analisisnya tentang pemotongan bajet IPTA. Sehubungan dengan penurunan peruntukan, beberapa pihak yang berkenaan telah menyuarakan rasa ketidakpuasan dan kebimbangan mereka. 

Menurut Nik Nazmi, pihak universiti pasti akan menghadapi kesukaran dengan potongan yang begitu besar itu kerana universiti hanya diberi beberapa bulan untuk menyesuaikan diri .   
        
Pengerusi kumpulan pelajar We Unite For Islam (WUFI) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula berkata, yuran pendaftaran dan tuisyen untuk kedua-dua UIAM dan UM telah pun naik dalam semester sebelumnya dan potongan bajet terbaharu itu mungkin akan lebih memudaratkan pelajar.          
  

“Kami bimbang pemotongan bajet akan menyebabkan pentadbiran universiti meningkatkan yuran seperti tuisyen dan kolej, serta caj-caj yang lain seperti yuran perkhidmatan,” katanya.

Jaminan Kementerian Pendidikan Tinggi   
       
Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh memberi jaminan bahawa pengurangan peruntukkan sebanyak RM2.4 bilion ini tidak akan menyebabkan peningkatan yuran Universiti Awam.

Kementerian Pendidikan Tinggi telah bersiap sedia untuk menghadapi pemotongan peruntukkan dalam Bajet 2016 ini. Menurut Datuk Seri Idris Jusoh, pengurangan peruntukkan ini tidak sepatutnya dijadikan alasan oleh universiti untuk menaikkan yuran pengajian.
“Universiti Awam tidak dibenar menaikkan yuran pengajian bagi pelajar prasiswazah meskipun peruntukkan kepada sektor pendidikan tinggi berkurang dalam Bajet 2016,” katanya.
          
Datuk Seri Idris Jusoh juga menyatakan bahawa Universiti Awam boleh mengambil langkah dengan menggunakan aset dan kepakaran mereka sebagai perunding bagi meraihkan pendapatan.   
       
“Universiti Awam boleh mengadakan kerjasama dengan alumni bagi menganjurkan majlis kutipan dana selain meningkatkan lagi dana sumber-sumbernya,” katanya.          

Jaminan juga diberikan oleh Naib Cancelor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadin Suaidi yang Universiti Awam berkenaan mengalami pengurangan peruntukkan sebanyak 1.5 peratus bahawa UNIMAS tidak akan meningkatkan yuran pengajian.          

“Walaupun terdapat pengurangan peruntukan, kami (UNIMAS) akan melaksanakan segala perancangan serta aktiviti yang telah dirancang pada tahun 2016 tanpa meningkatkan yuran dan pegurangan kualiti serta standard,” katanya.   
       
Selain itu, Datuk Seri Idris Jusoh memberi jaminan bahawa penurunan peruntukkan dalam Bajet 2016 tidak akan menjejaskan usaha memajukan sektor pendidikan tinggi Malaysia. Datuk Seri Idris Jusoh berkata bahawa KPT akan memastikan bajet bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) akan dikekalkan.

“Kami sedang meneliti bajet untuk R&D kerana ia penting bagi mewujudkan ilmu pengetahuan baharu bagi terus memacu lonjakan prestasi universiti di peringkat antarabangsa,” katanya.  
        
Menurut Datuk Seri Idris Jusoh, sebanyak 90 peratus Universiti Awam masih bergantung kepada peruntukkan kerajaan dan tindakan pengurangan bajet ini dapat mengurangkan kebergantungan Universiti Awam terhadap kerajaan serta melatih pihak universiti supaya lebih efisien dalam pelaksanaan program.          

“Kementerian Pendidikan Tinggi akan meneruskan perbincangan dengan pihak Universiti Awam bagi memastikan prestasi universiti masing-masing terus meningkat dan tidak terbeban walaupun menerima kurang peruntukan bagi bajet tahun depan. 
         
“Saya percaya kerajaan akan memberi pertimbangan apabila kita membuat kajian, akan ada keperluan yang perlu ditingkatkan terutama dalam bidang penyelidikan yang akan memberi impak besar kepada kehebatan universiti di negara ini," katanya. 
         
Akhir sekali, Datuk Seri Idris Jusoh berkata bahawa tindakan mengurangkan peruntukkan dalam Bajet 2016 adalah selaras dengan hasrat yang termaktub dalam Pelan Pembanguan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (PPPM(PT)) iaitu penekanan terhadap langkah memastikan kemapanan kewangan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan cara mengurangkan kebergantungan pada sumber kerajaan.


Salah satu usaha untuk meningkat bidang pendidikan

Share on Google Plus

About Ekspresi 18

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen anda :):

Journalism for Social Change

UCAPAN PEMBENTANGAN BAJET 2016