Mohd Mazliezumi Bin Ahamed
Gambar hiasan sahaja
2.3 Wartawan sebagai
perantaraan
6.6 Akta Mesin Cetak dan
Penerbitan 1984:
1.0 Pendahuluan
Dunia
kewartawanan yang serba moden dan perubahan inovasi pada hari ini menyebabkan
berlakunya penyebaran berita yang pantas. Berita yang disebarkan media tidak
seharusnya mengandungi maklumat yang tepat, bahkan berita sahih boleh ditukar
kepada berita yang mempunyai unsur-unsur negatif. Hal ini menyebabkan
undang-undang dipinda untuk mengawal kebebasan aktiviti kewartawanan.
Undang-undang sangat penting dalam kewartawanan kerana ia sebagai panduan
terhadap perkara yang boleh dilakukan atau tidak (do and don’t). wartawan dipimpin oleh undang-undang dalam mengikuti
segala garis panduan yang termaktub dalam rang undang-undang. Sebagai wartawan
mereka tidak boleh menyentuh hal-hal berkenaan prejudis, perkauman dan agama.
Berita atau gambar yang bercanggah dengan undang-undang, ia boleh didakwa
melalui siasatan polis seperti kejadian di “Lowyat”. Undang-undang diwujudkan
bagi menjaga ketenteraman dan keselamatan awam. Walaupun terdapat undang-undang
yang memimpin wartawan, terdapat etika dan tanggungjawab yang perlu diikuti
oleh penulis berita. Etika berperanan memandu wartawan untuk mengikuti segala
garis panduan yang dilaksanakan. Dalam etika kewartawanan tidak mempunyai
hukuman dan proses perbicaraan jika melanggar peraturan. Semua etika
kewartawanan di Malaysia ditetapkan oleh Nation Union Journalism (NUJ).
2.0 Peranan Wartawan
Kewartawanan
ialah aktiviti mencari, mengumpul, memilih, mengolah berita, dan mennyajikan
berita yang pantas dan mutakhir kepada masyarakat luar melalui media massa
iaitu media cetak dan media elektronik. Wartawan juga dikenali sebagai
reporter, jurukamera berita, editor, jurufoto, redaktur dan editor audio
visual. Editor adalah individu yang menilai, menyunting berita, dan menerbitkan
sesuatu bahan berita di dalam media massa. Tugas wartawan ialah menyediakan
bahan berita yang menarik, berfakta, padat, jelas, tepat, dan terkini mengikut
peredaran masa. Sebagai seorang wartawan, individu ini berperanan dalam
membangunkan nilai-nilai pembangunan dari aspek sosial dan ekonomi masyarakat.
Antara peranan wartawan ialah agen penyebaran maklumat, pemangkin kesejahteraan
masyarakat dan perantaraan.
2.1 Wartawan sebagai agen
penyebaran maklumat
Secara
umumnya, wartawan bertugas sebagai agen menyampaikan maklumat kepada
masyarakat. Wartawan berusaha menyampaikan pelbagai bentuk informasi bagi
memberi kesedaran kepada masyarakat. Tugas seorang wartawan sebagai agen
penyebaran maklumat menjadi penggerak kepada perubahan masyarakat. Hal ini bagi
mengelakkan segelintir masyarakat tercicir daripada mengetahui tentang isu yang
berlaku dalam atau di luar negara. Penyebaran maklumat oleh wartawan mempunyai
nilai berita yang mampu mengubah kehidupan dan cara masyarakat berfikir
mengenai sesuatu isu. Wartawan berusaha untuk mencari bahan dan melakukan
penyelidikan tentang sesuatu isu, malah kupasan yang dibuat boleh membangkitkan
semangat masyarakat tentang sesuatu isu. Namun begitu, maklumat yang
disampaikan oleh seorang wartawan hendaklah bersesuaian dan tidak berat sebelah
pihak. Ini kerana wartawan juga bertindak sebagai government reporter yang
membangkitkan isu kerajaan. Sebagai contoh, seorang wartawan menulis tentang
isu GST yang bakal dilancarkan pada tahun 2015. Mereka hendaklah menulis dan
melihat kepada kepentingan kedua-dua pihak tanpa bersikap berat sebelah sama
ada masyarakat ataupun kerajaan. Ketelusan dan kejelasan mengenai isu GST perlu
dikupas dengan terperinci supaya tidak menimbulkan keraguan kepada masyarakat.
2.2 Wartawan sebagai
pemangkin kesejahteraan masyarakat
Selain
itu, wartawan juga bertindak untuk melindungi hak-hak masyarakat. Penulisan
yang berbentuk pembelaan terhadap nasib rakyat adalah menjadi salah satu tugas
yang didokong oleh seorang wartawan. Wartawan membantu dalam membongkar
penderitaan atau kesempitan hidup yang dialami oleh sesebuah masyarakat. Hal
ini sekaligus dapat mengubah sikap dan membuka minda sesetengah pihak agar
lebih peka kepada golongan bawahan. Oleh hal yang demikian, ia dapat dikaitkan
dengan tugas wartawan sebagai agen perubahan sosial. Pemikiran yang kritis
dapat dibentuk oleh masyarakat dan kerajaan dalam mengatasi sesuatu isu yang
berlaku di sekeliling. Sebagai contoh, isu yang berkaitan dengan rasionalisasi
subsidi yang dibentangkan dalam bajet 2014 yang memperlihatkan timbulnya
konflik antara kerajaan dengan segelintir masyarakat. Oleh itu, wartawan perlu
bertindak untuk merungkai kekeliruan yang dialami mengenai isu tersebut. Namun
begitu, seorang wartawan tidak dibenarkan untuk membangkitkan isu yang boleh
menyentuh sensitiviti sesebuah kaum atau agama kerana bimbang tercetusnya
perselisihan dan ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.
Wartawan
juga menjadi perantara antara kerajaan dengan golongan masyarakat. Seorang
wartawan mestilah berada pada garisan tengah antara kerajaan dengan masyarakat.
Setiap perkara atau berita yang dilaporkan tidak bersifat bias supaya isu
tersebut tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Pelaporan yang dibuat oleh
seorang wartawan boleh menggambarkan kredibiliti mereka sebagai seorang
wartawan, sekiranya mereka lebih berpihak kepada masyarakat, mereka dikenali
sebagai wartawan penyiasatan. Justeru itu, penghubung antara masyarakat dengan
kerajaan adalah wartawan. Sebagai contoh, isu yang dibawa oleh masyarakat
mengenai kenaikan harga barang menunjukkan ketidakpuasan masyarakat mengenai
isu tersebut. Wartawan bertindak untuk membuka mata kerajaan supaya melihat isu
tersebut mempunyai kepentingan dan merungkai permasalahan yang dialami oleh
masyarakat.
3.0 Undang-undang
Undang-undang
adalah satu set peraturan yang ditetapkan oleh sesuatu negara, sama ada
dipersetujui umum atau dibuat melalui badan perundangan seperti akta, enakmen
dan ordinan bagi melindungi, memelihara hak seseorang, mengatur tindakan rakyat
serta membina keharmonian masyarakat majmuk. Tujuan undang-undang digubal ialah
untuk mengawal salahlaku individu atau kumpulan berdasarkan penguatkuasaan
dasar-dasar yang diwujudkan oleh kerajaan. Contohnya kawalan dan tindakan
terhadap pesalah penggunaan teknologi maklumat dalam menciplak bahan atau
dokumen, menyebarkan unsur hasutan, membocorkan rahsia dan menyebarkan
pornografi.
Undang-undang
bertindak sebagai badan peraturan. Undang-undang merujuk kepada keseluruhan
undang-undang yang dibentuk. Undang-undang di Malaysia dibentuk berdasarkan
kepada perlembagaan persekutuan dan negeri, keputusan hakim, perundangan, Common
Law Inggeris, undang-undang Islam dan adat tradisi. Selain itu, undang-undang juga
bertindak sebagai panduan tingkahlaku manusia. Pelbagai bentuk peraturan yang
akan dicari oleh kebanyakan manusia sebagai panduan hidup. Semua garis panduan
ini mengandungi etika, moral, peraturan, dan sebagainya yang menjelaskan
mengenai perkara yang boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan. Undang-undang
adalah penguatkuasaan. Sesuatu perkara atau peraturan negara yang telah
dikuatkuasakan akan dipanggil undang-undang. Kandungan undang-undang merupakan
perkara yang dipinda dan berubah mengikut perubahan masa dan kepentingannya
kepada sesuatu negara. Akhir sekali ialah keadilan dan undang-undang.
Perlaksanaan undang-undang dapat memberi keadilan kepada semua dalam melakukan
aktiviti di dalam kehidupan terutamanya dalam menghormati hak individu dan
negara. Contohnya tidak menimbulkan fitnah kepada individu lain disebabkan
wujudnya undang-undang untuk mengawal perbuatan tersebut seperti dikenakan
tindakan mahkamah.
4.0 Undang-undang dan
komunikasi
Undang-undang
yang berkaitan dengan komunikasi sama ada secara sosial atau profesional.
Individu yang terlibat seperti penulis, pengamal media dan penerbit secara langsung
atau tidak langsung akan berkait dengan undang-undang yang sedia ada dalam
penggunaan media cetak atau media elektronik mahupun media baru seperti
internet. Terdapat undang-undang yang mempunyai peraturan yang melindungi dan
memberi hak kepada penulis, pemberita, wartawan dan pengamal media seperti hak
cipta, hasutan, intelek dan kerahsiaan maklumat.
5.0 Panduan dan peraturan
seorang wartawan
Dalam
melaksanakan tugas sebagai wartawan, seseorang wartawan perlu mengikuti segala
peraturan dan panduan yang ditetapkan dalam etika penulisan berita. Menurut Ahmad Amin (1983), terdapat beberapa garis panduan yang
perlu dipatuhi. Antaranya ialah melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang
ramai untuk mendapatkan maklumat yang benar, Mengunakan kaedah yang sesuai
untuk mendapatkan bahan berita, menghormati
kerahsiaan sumber berita dan menghindarkan
berita dan rencana yang bersifat perkauman, dan bertentangan dengan tatasusila
masyarakat majmuk.
1.
Melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapatkan maklumat
yang benar.
· Seseorang itu perlu
mengetahui hak kebebasannya dalam menulis sesuatu berita. Contohnya wartawan
diberi hak untuk menghadiri perbicaraan di mahkamah, mesyuarat, dan persidangan
yang tidak sama dengan orang ramai. Kadangkala, wartawan mendapat keistimewaan
yang tidak diberikan kepada orang lain seperti, menghadiri mahkamah juvana.
Jadi wartawan tersebut perlu melaporkan proses sesuatu perbicaraan yang
dilakukan di mahkamah dengan tepat.
2.
Mengunakan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan bahan berita.
· Dalam penulisan berita,
wartawan boleh mengunakan pelbagai cara untuk mendapatkan berita dengan cara
yang wajar untuk kepentingan orang ramai. Wartawan boleh menyamar ketika
mendapatkan berita, mereka perlu menghormati batas-batas, etika, dan
undang-undang seperti menyamar sebagai pegawai polis, tentera, doktor dan
sebagainya. sebelum menjalankan sesi temu bual, wartawan perlu memperkenalkan
diri dan latar belakang syarikat akhbar. Wartawan perlu mendapatkan sesuatu
bahan seperti gambar, berita dan sumber dengan mendapat keizinan dan tidak
menlanggar hak keperibadian seseorang.
3.
Menghormati kerahsiaan sumber berita.
·
Kebiasaannya masalah yang
dihadapi oleh wartawan ialah untuk mendapatkan keterangan sulit dan tidak boleh
disebarkan kepada orang ramai. Adakalanya, maklumat yang diperolahi sangat
penting dan sulit yang diberikan oleh sumber dalam sesuatu laporan dianggap “off the record”. Dalam hal ini, wartawan
perlu menghormati sumber berita seperti merahsiakan identiti sumber tersebut,
apabila diminta kerana ia mungkin mengancam keselamatan sumber tersebut. Jika
sesuata keterangan tersebut itu “off the
record” terpaksa disiarkan dengan menggunakan istilah seperti
“sumber-sumber yang boleh dipercayai” dan “sumber-sumber yang mengetahui”. Jika
terpaksa didedahkan identiti seseorang sumber itu, hanya boleh didedahkan
kepada hakim mahkamah sahaja.
4.
Menghindarkan berita dan rencana yang bersifat perkauman, dan bertentangan
dengan tatasusila masyarakat majmuk.
· Sesebuah organisasi
kewartawanan tidak boleh menyiarkan berita yang mengandungi unsur sensitif yang
bersifat perkauman dan bertentangan dengan tatasusila mayarakat majmuk. Hal ini
kerana, di dalam rukun negara terdapat nilai-nilai murni yang perlu diterapkan
untuk menyatupadukan masyarakat majmuk di Malaysia. Walaupun sesuatu berita itu
benar berlaku, wartawan perlu mengubah berita tersebut dengan tidak menyentuh
sensitiviti sesebuah kaum. Contohnya, bahan berita mengenai ‘sekumpulan india,
yang terlibat dengan pembunuhan remaja Melayu,’ bahan beritanya akan diubah
kepada ‘sekumpulan remaja terlibat dalam pembunuhan’. Hal ini jelas menunjukkan
bahan berita diubah untuk menjaga keharmonian sesebuah kaum.
6.0 Undang-undang
kewartawanan.
Di
Malaysia, tidak ada undang-undang yang khusus bagi bidang kewartawanan dan
undang-undang merangkumi atau meliputi hal ehwal profesion kewartawanan.
Terdapat beberapa akta yang ada kaitan dengan profesion kewartawanan dan perlu
diketahui oleh setiap wartawan, ialah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Hasutan, Akta Sosma, Akta Fitnah, Akta Hakcipta dan Akta Multimedia.
6.1
Akta Hasutan 1948:
Bertujuan
menghukum sesiapa yang membangkitkan soal-soal sensitif dengan tujuan menghasut
dan membahayakan keselamatan negara. Akta ini meliputi kata-kata hasutan yang
dibuat di luar dan di dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Sesuatu
kenyataan dianggap menghasut apabila menyentuh keselamatan negara atau
bertujuan menghasut. Kesan hasutan tidak perlu ada pada pihak ketiga dalam kes
menghasut. Akta ini dikuatkuasakan ke atas rakyat Malaysia yang berada di dalam
atau luar Malaysia.
6.2 Akta Rahsia Rasmi
(pindaan) 1986:
Bertujuan
menjaga rahsia rasmi negara supaya ia tidak dibocorkan kepada pihak yang ingin
mendapat keuntungan serta merta atau yang boleh mengancam keselamatan negara.
Jika sabit kesalahan hukumannya penjara mandatori di antara satu hingga tujuh
tahun. Akta ini boleh dikuatkuasakan ke atas seseorang rakyat Malaysia di
negara ini jika mereka melakukan kesalahan di mana-mana sahaja. Dokumen yang
dianggap rahsia rasmi Kerajaan ialah kertas-kertas yang ditentukan sebagai
“Rahsia Besar”, “Rahsia Sulit” atau “Terhad” yang ditetapkan oleh Menteri,
Menteri Besar atau Ketua Menteri atau pegawai-pegawai tertentu yang diberi
kuasa.
6.3 Akta Fitnah 1957:
Bertujuan melindungi masyarakat daripada
menjadi bahan fitnah orang yang tidak bertanggungjawab. Fitnah adalah kata-kata
dusta mengenai orang lain dan dihebahkan atau disiarkan kepada pihak ketiga.
Akta fitnah merupakan undang-undang sivil. Jika fitnah itu mengandungi unsur
jenayah, tuduhan boleh dikenakan di bawah Kanun Keseksaan dan jika didapati
bersalah boleh dihukum penjara dan/atau denda. Dalam kes fitnah, tanggungjawab
membuktikan sesuatu (burden of proof)
terletak pada yang dituduh membuat fitnah. Pihak yang tertuduh perlu
membuktikan bahawa kenyataan/ keterangannya itu adalah benar dan merupakan
berita atau ulasan yang adil (fair comment) dan dibuat untuk kepentingan
orang ramai.
6.4
Akta Sosma 2012:
Akta
Sosma ialah sebuah akta yang menyediakan langkah-lankah khas berkaitan
kesalahan keselamatan bertujuan mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan
dan bagi hal-hal berkait. Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012
atau ringkasnya akta sosma ini, diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 17 April,
2012, diberikan perkenan oleh Diraja pada 18 Jun 2012, dan diwartakan pada 22
Jun 2012. Akta Sosma melibatkan Seksyen 124B sehingga Sekyen 124N merupakan
seksyen baru yang dipinda ke dalam Kanun Keseksaan pada tahun 2012 bagi mentafsir
maksud kesalahan keselamatan yang terkandung di bawah Akta Kesalahan
Keselamatan (Langkah-langkah Khas)2012 atau Sosma. Semua seksyen ini memiliki
tafsiran mengenai kesalahan-kesalahan yang disifatkan boleh memudaratkan
demokrasi berparlimen.
Siasatan
yang dijalankan dibawah seksyen 124B sehingga 124N ini memberi kuasa kepada
pihak polis untuk mengambil tindakan menggunakan Akta Sosma. Orang yang
ditangkap dibawah akta sosma boleh ditahan selama 28 hari untuk tujuan
siasatan, tanpa perlu mendapatkan perintah reman daripada majistret. Berdasarkan
pemerhatian SUARAM sejak Akta Sosma digubal pada Julai 2012, wujud trend di
mana pihak polis gemar menggunakan seksyen 124C dan 124D sebagai ugutan kepada
rakyat. Jika perkara ini dibiarkan atau di pandang sebelah mata, akan wujub isu
salah guna kuasa bagi pihak yang tertentu.
6.5 Akta Hakcipta 1987:
Bertujuan
melindungi karya-karya asli daripada disalahgunakan oleh orang yang tidak
bertanggungjawab yang ingin mendapatkan keuntungan dengan mudah dan segera
dengan menyalin karya orang lain.
Bertujuan
mengawal semua jenis penerbitan sama ada yang dicetak di dalam negeri atau yang
diimport. Sesiapa mencetak atau mengeluarkan penerbitan lucah atau bertentangan
dengan akhlak atau sesuatu yang mengandungi hasutan supaya mengingkari perintah
yang sah atau yang boleh membawa kepada kekacauan atau permusuhan kaum dianggap
telah melakukan kesalahan di bawah Akta ini. Dia boleh dihukum dan mesin
cetaknya boleh dirampas.
7.0 Kesimpulan
Kesimpulannya,
kewujudan perundangan adalah untuk mengawal tingkahlaku seseorang itu daripada
menggugat keharmonian, keamanan dan kedaulatan negara. Dengan adanya undang-undang
yang mengawal individu itu, maka tindakan untuk menyebarkan rahsia negara,
fitnah, perlanggaran moral dan jenayah siber yang mendorong kepada kegawantan
dalam negara akan dapat dibanteras. Kebebasan tidak semuanya mutlak dan
demokrasi yang mempunyai kebebasan juga mempunyai had dan dikawal oleh akta.
Prinsip dan falsafah perundangan perlu dipatuhi dan dihayati oleh semua rakyat
termasuklah pengamal media. Walaupun media bebas mengeluarkan bahan berita
tetapi perlu menghindari berita-berita yang akan mengancam kedudukan dan
menggugat keharmonian negara. Wartawan perlulah mematuhi segala undang-undang
yang telah ditetapkan oleh kerajaan supaya tidak akan membangkitkan kemarahan
dan ketegangan antara masyarakat majmuk. Bahan-bahan yang dikeluarkan perlulah
ditapis dahulu oleh “gatekeeper” untuk memastikan tiada tindakan undang-undang
yang akan dikenakan jika terdapat kesalahan yang dilakukan.
Rujukan
Ahmad Amin. (1983). Duha Al-Islami: Mengkaji gerakan ilmiah pada zaman permulaan
Kerajaan Abbasiyah. Osman Haji Khalid
(terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Ibrahim & Ahilemah Joned.
(1994). Sistem undang-undang di Malaysia.
Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Suffian Hashim. (1997). Mengenal Perlembagaan Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Ron f. Smith. (2008). Ethics in journalism. Victoria:
Blackwell.
0 komen anda :):
Post a Comment