Usaha Semua Pihak Hindari Banjir Buruk Berulang di Kelantan
Oleh
: Nor Atikah Binti Omar
Pandangan
atas keadaan banjir di Sekolah Menengah Kuala Krai
|
Banjir besar yang melanda
Kelantan pada Disember lepas adalah antara yang terburuk dalam sejarah negara.
Anggaran jumlah kerugian diumumkan berjumlah RM878 juta iaitu RM350 juta kos
membaiki sekolah-sekolah di lima negeri, RM200 juta untuk kerosakan harta
benda, RM100 juta kos membaiki jalan raya di Kelantan. Jumlah mangsa banjir
yang melibatkan enam negeri ialah sebanyak 225,731 orang. Negeri Kelantan
mencatatkan jumlah mangsa yang dipindahkan paling ramai iaitu seramai 36,128
orang.
Jika sebelum ini kawasan
mudah banjir Kelantan lebih tertumpu di muara Sungai Kelantan seperti Kota
Bharu, Tumpat, Pasir Mas, namun kesan gabungan turunan hujan yang diluar
jangkaan, air laut pasang dan mungkin lepasan air dari empangan di selatan
Thailand, telah menyebabkan banjir kali ini bertukar menjadi bencana.
Kajian awal mendapati punca
utama banjir besar di Kelantan adalah purata turunan jumlah hujan yang sangat
tinggi.
Keadaan
rumah seorang mangsa yang hancur ranap akibat banjir.
|
Perkemas pengurusan bantuan
mangsa banjir
Memandangkan bencana banjir
yang memberi impak yang besar kepada kehidupan masyarakat di Kelantan
khususnya, maka tuntutan kepada keperluan kerjasama daripada semua pihak untuk
membangun dan membantu mangsa semasa dan selepas banjir.
Peranan wakil rakyat juga
amat perlu kerana beliau mungkin lebih tahu mengenai kawasannya untuk
memudahkan segala urusan bantuan banjir.
Selain itu, diharapkan
anak-anak mangsa banjir juga akan dibekalkan dengan pakaian seragam dan
peralatan sekolah yang lengkap. Lupakan seketika soal yuran dan bayaran lain
yang bakal dikenakan sebaik sahaja anak-anak itu ke sekolah. Perkara ini wajar
diambil tindakan oleh pihak yang terbabit bagi meringankan beban mangsa dan
anak-anak untuk meneruskan persekolahan kelak. Dalam pada itu, pengurusan
mengenai agihan bantuan persekolahan dan kemanusiaan perlu ditangani dengan
bijaksana oleh semua pihak.
Dari segi keselesaan proses
pengajaran dan pembelajaran, kelas atau bilik darjah perlu dibersihkan
menjelang seminggu persekolahan bermula. Pulihkan sekolah yang ditenggelami
banjir. Sama ada pihak kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau
pertubuhan sukarela sangat perlu digerakkan untuk membantu membersihkan
sekolah-sekolah berkenaan.
Selain itu, penglibatan
pihak swasta juga dialu-alukan supaya mereka dapat menyediakan peralatan yang
cukup untuk membersihkan sekolah di persekitaran kawasan banjir. Banyak
peralatan asas yang penting diperlukan bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan
dilakukan seperti waterjets, waterpumps, set generator, kasut but, sarung
tangan dan sebagainya. Bantuan dari pelbagai pihak diharap dapat membantu
meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir.
Pembangunan semula juga
melibatkan kemudahan infrastruktur. Kawasan banjir yang musnah sukar dihubungi
apabila jalan raya, jambatan dan landasan kereta api musnah yang menyebabkan
masyarakat menanggung pelbagai kesukaran untuk berhubung dengan kawasan-
kawasan lain.
Di kawasan Tanah Merah
contohnya, hampir 3,000 buah rumah dibaik pulih akibat bencana tersebut. Namun
begitu, 60 peratus daripadanya telah siap untuk diagihkan kepada mangsa bencana
banjir yang telah kehilangan tempat berteduh.
“Setakat ini, rumah yang
dibina oleh Jabatan Kerja Raya telah siap sepenuhnya, manakala rumah yang
dibina oleh Majlis Keselamatan Negara telah siap sebanyak 25 unit dan 10 unit
lagi masih dalam proses pembinaan. Keseluruhan rumah kekal ini akan siap
sehingga hujung bulan ini dan mangsa akan menikmati bantuan ini sebelum musim
tengkujuh tiba,” jelas Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abd. Aziz.
Jelaslah bahawa, kerajaan
seharusnya lebih prihatin terhadap nasib yang menimpa negeri Kelantan dan
negeri lain kelak tiada istilah dipinggirkan akan timbul. penyelarasan dalam
pengurusan agihan bantuan akan memudahkan urusan penyaluran bantuan perlu
dilakukan dengan sistematik dan bijaksana untuk mangsa banjir. Jabatan
Kebajikan Masyarakat diharapkan dapat memainkan peranan utama untuk
melaksanakan penyelarasan yang sistematik bagi memastikan bantuan seperti
makanan, kebajikan sosial, peralatan dan sebagainya dapat disalurkan dengan
teratur dan betul.
Agihan misi bantuan kemanusiaan oleh Barisan Nasional kepada mangsa banjir |
0 komen anda :):
Post a Comment