TRANSFORMASI SOSIAL EKONOMI MASYARAKAT BALING

Oleh: Siti Fatimah Binti Daud


Taman Rekreasi Air Panas Ulu Legong tumpu tumpuan pelan pelancong

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) merupakan agensi perbadanan yang berperanan dalam membasmi kemiskinan rakyat. Melalui usaha Kerajaan Pusat ini, masalah masyarakat miskin telah diatasi dengan wujudnya perumahan KEDA bagi penempatan tetap masyarakat.

Daerah Baling yang meliputi 200 buah kampung dan dikategorikan sebagai kawasan mundur di Kedah. Beberapa buah kemudahan dan prasarana telah diwujudkan dan dibina di daerah ini bagi membantu masyarakat setempat menjalankan aktiviti harian.

Peningkatan kualiti hidup penduduk ini dapat membendung masalah rasuah, jenayah, dan masalah sosial lain. Penglibatan setiap rakyat dalam proses pembangunan fizikal, sosial dan ekonomi melalui konsep pemerkasaan, perwakilan dan perundingan bersama bagi mendidik masyarakat ke arah lebih baik.

Masyarakat Baling juga didedahkan kepada latihan berkaitan bidang kerjaya bagi menambah pendapatan mereka dalam pelbagai bidang. Sehubungan itu, masyarakat telah menjadikan penempatan perumahan mereka sebagai homestay ekoran terdapatnya kawasan rekreasi Kolam Air Panas Ulu Legong sebagai destinasi pelancongan.

Kewujudan Kolam Rekreasi Air Panas ini merupakan salah satu usaha yang baik dan bijak oleh kerajaan negeri Kedah dalam usaha membangunkan sosial ekonomi masyarakat Baling. Dengan adanya tempat rekreasi ini, masyarakat dapat memperkenalkan kawasan tersebut kepada pelancong luar di samping menambahkan hasil pendapatan mereka.

“Melalui projek pelancongan Inap Desa KEDA, kampung Ulu Legong berkenaan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar Negara,” jelas Haji Romli, penduduk kampung tersebut.

“Desa KEDA Ulu Legong merupakan penempatan semula yang dibangunkan oleh KEDA bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat Baling. Penduduk desa digalakkan mengambil inisiatif menjadikan rumah sebagai homestay sebagai sumber pendapatan,” jelasnya lagi.

Selain itu, masyarakat kampung juga mengambil inisiatif lain seperti menjalankan bengkel menjahit, membuat kuih dan sebagainya seperti mana yang telah disediakan oleh pihak KEDA dalam pembangunan kawasan Baling.

Tambahan lagi, pihak KEDA turut menyediakan kursus dan peralatan seperti mesin jahit, ketuhar, bengkel dan sebagainya bagi memudahkan masyarakat untuk meningkatkan sosial ekonomi masyarakat. Wujudnya Industri kecil dan sederhana (IKS) yang mengeluarkan hasil daripada masyarakat itu sendiri.

Proses IKS dipantau dan dibantu oleh pihak KEDA untuk menjaga kestabilan masyarakat supaya terus berkembang menjadi usahawan terlatih yang berjaya.

Program KEDA ini banyak membantu dan mengubah hidup masyarakat Baling. Maju sesebuah kawasan itu adalah lambang kepada masyarakat itu sendiri dalam usaha untuk memajukan diri.




Share on Google Plus

About Ekspresi 18

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen anda :):

Journalism for Social Change

UCAPAN PEMBENTANGAN BAJET 2016