Aktiviti
bersama rakyat Negeri Perak
IPOH
-- Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah membentangkan
pelan pembangunan lima tahun bagi Negeri Perak ini di bawah Rancangan Malaysia
Ke-11 (RMK-11) di Persidangan Pertama Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan
Undangan Negeri Perak 2015 baru-baru ini.
Di
bawah pelan itu, terdapat tujuh teras RMK-11 negeri yang ditetapkan. Teras yang
diutamakan adalah merancakkan pertumbuhan ekonomi melalui rantaian baharu ke
arah mencapai Pelan Pembangunan Perak Amanjaya dan Wawasan 2020, meneruskan
pembangunan secara inklusif dan mapan untuk segenap lapisan masyarakat serta
memperkasakan modal insan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi dan
kesejahteraan rakyat.
“Tujuan
utama Pelan Pembangunan di bawah RMK-11 dirangka adalah untuk merancak
pertumbuhan ekonomi, meneruskan pembangunan secara inklusif dan mapan agar
bersifat seimbang antara mental dan fizikal, memperkasa modal insan sebagai
pemangkin pertumbuhan ekonomi dan kesejateraan rakyat dan merapatkan wilayah
dan demografi melalui pembangunan koridor ekonomi,” ujar Menteri Besar Perak.
Lebih-lebih
lagi, untuk menjamin kejayaan pelan pembangunan yang tinggi, penyertaan pelabur
asing dan swasta selain pembiayaan awam akan turut terlibat. Di samping itu,
pembangunan koridor ekonomi yang dirancang membabitkan Wilayah Perak Selatan
(WPS) secara berfokus berdasarkan satu pelan induk menyeluruh turut akan
dilaksanakan bagi merangsang pembangunan sosioekonomi secara holistik dan
lestari.
Menurut
Dr. Zambry, penubuhan Perbadanan Pembangunan Pesisir Pantai, terminal dan jeti
bagi membangunkan kawasan pesisir seluas 230 kilometer dengan Lumut menjadi
Bandar Pelabuhan, Pulau Pangkor sebagai Bandar Pelancongan serta Teluk Batik
dan Teluk Senangin dimajukan sebagai Pantai Pelancongan turut dirancangkan di
bawah RMK11. Tambahan pula, pembangunan T-City yang mengandungi komponen
pembangunan bercampur di kawasan seluas 172.5 hektar membabitkan Daerah Kinta
dan Kampar seperti pembinaan Litar Formula 2, Automotive Factory Outlet, Street
Mall serta hotel.
Selain
itu, Pembangunan Warisan Perdana Ipoh atau Ipoh Sentral pula akan dimulakan
dalam tempoh RMK11 untuk membangunkan semula kawasan 'segi tiga emas' Lembah
Kinta dengan anggaran pelaburan RM2 bilion dan dijangka menjadi tanda mercu
tempatan yang baru bagi Bandaraya Ipoh.
Bagi
infrastruktur awam pula, Zambry berkata kerajaan negeri akan berkerjasama
dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad merancang mengadakan rel laluan yang
menghubungkan Kampar, Batu Gajah, Ipoh dan Sungai Siput.
Tambah
beliau lagi, Zambry berkata kerajaan Persekutuan juga meluluskan Projek Naik
Taraf Jalan Persekutuan Lumut-Taiping (FT60) Fasa 1 dan 2 dari Segari ke Pantai
Remis yang akan dilaksana dalam RMK11. Bagi perindustrian pula, beliau berkata
kerajaan negeri bercadang memajukan Ipoh Aerospace Park di kawasan berhampiran
Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah kerana terdapat kekurangan bekalan
berbanding permintaan dalam bidang 'Maintenance, Repair and Overhaul' (MRO) di
Malaysia.
Kampung
Acheh Free Zone (KAFZ) juga akan diwujudkan berhampiran Lumut Maritime Terminal
bagi memudahkan urusan import eksport kargo. Berkaitan dengan pembangunan
sosioekonomi, Zambry berkata kerajaan negeri akan meneruskan program Mikro
Kredit, Kiosk Amanjaya dan Bantuan Rumah di bawah pengendalian Yayasan Bina
Upaya.
Dalam
pembangunan aspek kesihatan pula, kerajaan negeri merancang pembinaan Hospital
Seri Iskandar, Hospital Parit Buntar dan Hospital Kampar manakala Hospital
Manjung dan Klinik Kesihatan Manjoi akan dinaik taraf.
Selanjutnya,
dalam pembangunan bidang pendidikan, Zambry berkata kerjasama antara kerajaan negeri lain merancang untuk
membina University College Sedaya International (UCSI) di Seri Iskandar,
sekolah berasrama penuh di Segari serta lima Sekolah Menengah Tahfiz Darul
Ridzuan di Selama, Lenggong, Bagan Datoh, Sungai Siput dan Gunung Semanggol.
Di
samping itu, kerajaan negeri juga akan memulakan beberapa pembangunan berskala
besar bagi mempertingkat serta menjamin bekalan makanan. Bagi perumahan,
kerajaan negeri bercadang menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri
Perak (LPHP) dengan sasaran membina lima projek Perumahan Rakyat dan satu
projek Perumahan Untuk Penjawat Awam 1Malaysia berjumlah 1,600 unit di enam
lokasi.
Dari
segi pelancongan, Zambry berkata kerajaan negeri akan menyediakan Pelan
Ekopelancongan Hulu Perak-Belum-Lenggong-Banding bagi menjadikan Royal Belum,
yang berusia lebih 130 juta tahun, sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO
(Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu).
Mengenai
alam sekitar dan perhutanan, beliau berkata dalam tempoh lima tahun yang akan
datang melaksanakan pusat himpunan kehidupan di koridor ekologi.
Pelan
Pembangunan Perak maju menyediakan pelbagai langkah bagi memanfaatkan negara
dan rakyat di bawah RMK-11. Dalam hal ini, rakyat juga haruslah berganding bahu
untuk menyokong dan membantu kerajaan dalam pelaksanaan pelan pembangunan pada
masa yang akan datang.
Antara perancangan pembangunan di Negeri Perak
|
0 komen anda :):
Post a Comment