Majlis Amanah Rakyat
(MARA) optimis membantu golongan Bumiputera dalam pendidikan dengan penganjuran
Karnival Pendidikan Mara KPM 2014 di Dataran Seri Kemang, Port Dickson.
Pembentangan Bajet 2016
oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak pada
23 Oktober 2015 bertemakan “Mensejahterakan Kehidupan Rakyat” memperuntukkan
RM267.2 bilion berbanding tahun 2015, sebanyak RM260.7 bilion. Pembentangan
bajet tahun 2016 telah menggariskan lima
tunjang utama iaitu memperteguhkan ketahanan ekonomi negara, meningkatkan
produktiviti, Inovasi dan Teknologi Hijau mempersiaga modal insan, memperkasa
Agenda Bumiputera dan meringankan kos sara hidup rakyat.
Menurut Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pembentangan bajet 2016 telah memperuntukkan sebanyak RM5 bilion untuk memperkasakan Agenda Bumiputera
berbanding tahun 2015 sebanyak RM3 bilion. Peruntukkan yang diberikan merupakan
satu langkah kerajaan meningkatkan lagi taraf hidup masyarakat bumiputera
meliputi di Sabah dan Sarawak. Mereka tidak akan berasa diri mereka terancam
atau dipinggirkan dan negara akan mengecapi keamanan, kestabilan, serta mencapai
impian menjadi negara maju yang sejahtera dan sentosa seperti yang didambakan
pada tahun 2020.
Kerajaan memperkasakan
bumiputera sebagai agenda nasional bertujuan meningkatkan masyarakat bumiputera
bagi melibatkan diri dalam pelbagai sektor
seperti pendidikan, keusahawanan serta menjadi masyarakat bumiputera
lebih berdaya saing pada masa akan datang.
TERAJU
peroleh RM150 juta
Kerajaan tidak pernah
melupakan masyarakat Bumiputera sebaliknya akan terus membela dan mengubah
taraf hidup mereka ke arah yang lebih baik.
Bagi meningkatkan taraf
hidup Bumiputera, RM150 juta telah diperuntukkan kepada Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU)
untuk melaksanakan Program Peneraju Tunas, Peneraju Program Profesional serta
Peneraju Skil dan Iltizam. Peneraju Profesional iaitu masyarakat Bumiputera
yang mempunyai pensijilan profesional haruslah diberi pendedahan kepada mereka
tentang pekerjaan dengan menempatkan mereka di firma atau organisasi korporat
yang diiktiraf seperti peguam, akauntan dan sebagainya. Tambahan pula, bagi
Peneraju Tunas juga akan mempertingkatkan lagi bantuan kepada pelajar dari peringkat sekolah rendah
dan menengah dengan mengambil pelajar yang berpotensi dari keluarga yang
berpendapatan rendah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
seperti universiti dan vokasional. Hal
ini membuatkan, kerajaan boleh
melahirkan lebih ramai masyarakat yang berkualiti pada masa akan datang.
MARA
terima RM3.7 bilion
Menurut Pengerusi
Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata
bajet 2016 telah memperuntukkan RM3.7 bilion kepada Majlis Amanah Rakyat
(MARA).
“Menerusi peruntukkan
itu, MARA akan menggunakan bajet tersebut bagi menaja pengajian seramai 72,000
pelajar Bumiputera di peringkat pengajian tinggi di dalam dan luar negara”,
katanya.
MARA menubuhkan
pelbagai Institusi pendidikan Mara (IPMa) seperti Kolej Profesional Mara, Kolej
Mara, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Kolej Poly-Tech Mara, Universiti Kuala
Lumpur, Institut Kemahiran Mara dan Giat Mara bagi melahirkan Bumiputera yang
intelektual serta berkemahiran.
Tambahannya lagi, RM150
juta juga disalurkan kepada Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, RM70 juta
diperuntukkan dalam Program Cabaran Bisnes Luar Bandar serta RM90 juta untuk
Program Desa Lestari. Melalui bajet tersebut akan melahirkan masyarakat yang
berpengetahuan, berkemahiran dan kreatif dalam pelbagai bidang.
RM150
juta naik taraf keusahawanan Bumiputera
Selain menekankan aspek pendidikan, kerajaan
juga menggalakkan masyarakat Bumiputera
melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Bajet 2016 juga disifatkan sebagai
pendorong untuk melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan masyarakat
Bumiputera di negara ini. Melalui langkah memperkasa Agenda Bumiputera,
kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM150 juta untuk digunakan sebagai
bantuan Skim Usahawan Bumiputera dan Syarikat Berprestasi Tinggi.
Langkah ini membantu
masyarakat Bumiputera meningkatkan taraf hidup yang lebih baik dan selesa pada masa akan datang dan ia
juga akan melahirkan lebih ramai usahawan
dalam kalangan Bumiputera.
EKUINAS
peroleh RM400 Juta
Peruntukkan EKUINAS
juga disediakan bagi memantapkan pemilikan ekuiti serta memperhebatkan
keusahawanan dan perniagaan bumiputera. Sebanyak RM400 juta diperuntukkan
kepada Dana Ekuiti Nasional Bhd (EKUINAS) untuk memantapkan pemilikan ekuiti
Bumiputera. EKUINAS adalah syarikat pengurusan dana yang ditubuhkan kerajaan
pada 1 September 2009 sebagai sebahagian strategi inovatif di bawah Model
Baharu Ekonomi untuk mencapai ekonomi yang lebih inklusif.
Ia bertujuan
menggalakkan budaya melabur dalam kalangan masyarakat Bumiputera selain
memastikan kejayaan Bumiputera dapat dipelihara dan terus berkembang.
RM250
juta disalurkan kepada PUNB
Selain itu, sebanyak RM250 juta diperuntukkan kepada
Perbadanan Usahawanan Nasional Bhd (PUNB) dan RM150 kepada Pelaburan Hartanah
Bhd. Tambahan pula, sebanyak RM100 juta sebagai pinjaman kepada UDA Holdings
untuk tujuan pembagunan Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Menurut Naib Presiden
Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA), Datuk Sohaimi
Shahadan berkata bagi agensi yang diamanahkan untuk membantu usahawan
bumiputera supaya lebih mesra pelanggan dan memudahkan urusan. Ini dapat
merapatkan jurang ekonomi Bumiputera.
Secara umumnya,
memperkasakan agenda bumiputera telah memberi banyak kebaikan dan manfaat
kepada masyarakat bumiputera untuk terus maju ke hadapan dari segi pendidikan,
ekonomi dan sosial. Ini dapat membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah
melupakan masyarakat bumiputera malahan terus memelihara kehidupan lebih baik
seperti masyarakat lain. Ia dapat melahirkan masyarakat bumiputera yang lebih
produktif dalam memajukan negara dengan pelbagai kemudahan kewangan dan
kemahiran yang disediakan oleh kerajaan. Oleh itu, jelaslah bahawa,
memperkasakan agenda bumiputera merupakan langkah terbaik yang dibuat oleh
kerajaan dalam menghargai masyarakat bumiputera.
|
0 komen anda :):
Post a Comment