RM41.3 BILION PERKASA SEKTOR PENDIDIKAN KE ARAH NEGARA MAJU

Oleh : Nor Atikah Binti Omar

Kemudahan dan pembangunan fasiliti dapat menjamin keselesaan dan peningkatan murid dalam       pembelajaran.

Pendidikan adalah merupakan satu aset yang penting dalam melahirkan modal insan yang cemerlang pada masa akan datang hal ini selaras dengan visi yang ingin dicapai oleh Kementerian Pendidikan Negara iaitu Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera menjelang wawasan 2020.

Justeru itu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM41.3 bilion dalam bajet 2016 bagi memenuhi keperluan sektor pendidikan negara. Menurut Jabatan Pendidikan Kelantan, Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri semalam membuktikan kerajaan sentiasa memberi keutamaan kepada sektor pendidikan peringkat rendah dan menengah di negara ini.

“Pihak kerajaan tidak pernah mengabaikan bidang pendidikan malah sentiasa memberi keutamaan untuk membantu memberikan yang terbaik untuk pendidikan anak-anak”, ujar Pengarah Jabatan Pendidikan Kelantan, Ab. Aziz Abdullah.

Bajet pada kali ini dilihat sebagai satu usaha dalam untuk memperkasakan bidang pendidikan sejajar dengan Pelan Pembangunan Pembangunan Pendidikan ( PPPM 2013-2012). Sebanyak RM500 juta untuk membangun dan menyelenggara fasiliti pendidikan dan RM44.6 juta bagi pendidikan prasekolah.

Pelaksanaan sekolah satu sesi sahaja

Idea untuk melaksanakan sekolah satu sesi telah pun dilontarkan, malah telah pun di dalam proses pelaksanaan. Namun pada masa ini hanya berada di tahap sekitar 20 peratus daripada sekolah di seluruh negara. Maknanya masih jauh lagi untuk mencapai sasaran kesemua sekolah dapat dijadikan sekolah satu sesi menjelang 2017.

Justeru, Bajet 2016 ini diharapkan kerajaan dapat menambah peruntukan khasnya untuk membina bangunan tambahan di sekolah sedia ada mahupun membina sekolah-sekolah baharu bagi memastikan hasrat tersebut tercapai.

Penulis berpendapat, dengan terlaksananya sekolah satu sesi akan membolehkan waktu petang digunakan untuk agenda pemerkasaan pendidikan termasuklah penambahan masa pembelajaran subjek teras seperti Matematik dan Sains, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan pemantapan pembelajaran bahasa ketiga.

Pembangunan fasiliti dan kemudahan sekolah

Melalui Bajet 2016, diberi fokus antara persekitaran yang kondusif dan pembangunan fasiliti kepada pelajar bagi keselesaan dan sekaligus meningkatkan pencapaian pelajar. Peruntukan untuk pembangunan dan menyelenggara fasiliti pendidikan juga dilihat sebagai pendekatan
yang amat baik dalam memberi keselesaan kepada pelajar dan juga untuk peningkatan tahap akademik pelajar kelak.

Pembinaan sekolah baharu

Di samping itu, peruntukan sebanyak RM41.3 billion untuk membina 30 buah sekolah rendah, 27 sekolah menengah baharu, dan empat Maktab Rendah Sains Mara.

“Selain itu, lima buah sekolah berasrama penuh akan dibina di Alor Gajah , Melaka, Pendang, Kedah; Segamat dan Ledang, Johor serta Jerantut, Pahang,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2016 yang bertemakan ‘Bajet 2016 Mensejahterakan Rakyat’.

“Perancangan pembinaan sekolah baharu misalnya dilihat mampu melahirkan persekitaran yang positif dan kondusif kepada murid dan tenaga pelajar semasa pembelajaran di dalam kelas berlangsung” ujar Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan.

Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

RM173 juta untuk sarapan pagi (RMT) untuk pelajar daripada keluarga yang berpendapatan isi rumah sebanyak RM3000 ke bawah.

Harapan rakyat dan kerajaan

Seperti kebiasaannya pada tahun yang lepas, senario yang berlaku berhubung dengan isu pendidikan negara dalam bajet yang dibentang adalah pelajar berharap supaya pendidikan di Malaysia adalah percuma dan tidak mempunyai apa- apa kos mahupun pinjaman.

Diharapkan juga semoga Bajet 2016 dapat menyempurnakan tuntutan rakyat demikian hasrat melahirkan modal insan yang cemerlang, kerajaan telah menyediakan satu pakej terbaik untuk rakyat menerusi pembentangan bajet dan hampir keseluruhan sasaran walaupun mungkin ada satu dua perkara yang boleh ditambah baik lagi.

Menerusi Bajet 2016 dalam sektor pendidikan dilihat dapat memberikan banyak manfaat dan keselesaan kepada rakyat dan murid khususnya, akan tetapi persoalannya adakah dalam tempoh 12 bulan semua infrastruktur yang ingin dibina dapat dilaksanakan dalam masa yang begitu singkat?


Share on Google Plus

About Ekspresi 18

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen anda :):

Journalism for Social Change

UCAPAN PEMBENTANGAN BAJET 2016