RM5.9 BILION DIPERUNTUK AGIH BRIM

Oleh: Nur Adila Aziz

         Bajet Mengenai BRIM 2016 Peruntukkan Kepada Isi Rumah Dan Bujang

Baru-baru ini Bajet 2016 telah dibentangkan oleh YAB Dato Seri Najib yang memperuntukkan BRIM sebanyak RM5.9 Billion kepada rakyat.

Tema bajet pada tahun 2016 ialah “Mensejahtera Kehidupan Rakyat”. Dalam tema itu terdapat lima tunjang utama iaitu memperteguh ketahanan negara, meningkatkan produktivti, inovasi dan teknologi hijau, mempersiaga modal ihsan, memperkasa agenda bumiputra dan meringankan kos sara hidup rakyat.

Senario bajet menunjukkan dunia kini semakin mencabar dari segi kewangan. Terdapat beberapa senario yang menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat dengan keputusan negara. Antaranya ialah kejatuhan harga minyak.

Kejatuhan harga minyak memberi impak kepada ekonomi negara. Kejatuhan harga minyak mentah ini menyebabkan pendapatan kerajaan daripada hasil cukai, royalti juga turut menurun.

Pada tahun 2014 sebanyak RM26275 juta minyak mentah yang diperolehi berbanding pada tahun 2015 sebanyak RM25600 juta sahaja yang diperolehi oleh Pertronas menyebabkan kebolehan kerajaan untuk berbelanja terpaksa dihadkan.

Oleh itu, untuk menampung kekurangan daripada hasil minyak ini, maka kerajaan telah memperkenalkan Good Service Tax (GST) pda 1 April 2015 pada kadar 6%. Walaupun keadaan ekonomi negara sekarang semakin mencabar, namun kerajaan tetap memperuntukkan BRIM kepada rakyat.

Senario semasa seperti kjejatuhan harga minyak dan GST, kerajaan mengambil langkah untuk mengagihkan BRIM sebanyak RM5.9 Billion kepada rakyat. Sebanyak RM4.7 juta diagihkan kepada isi rumah dan RM2.7 juta diagihkan kepada individu bujang.

Malah Bajet 2016 memperkenalkan kategori baharu penerimaan bantuan sekali (one off) iaitu penerima dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan di bawah RM1000 akan menerima BRIM sebanyak RM1050.

E-kasih merupakan sistem yang diwujudkan khas oleh kerajaan untuk membasmi kemiskinan dengan merancang, memantau dan melaksanakan program-program yang berkaitan untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan kewangan.

Jumlah BRIM dinaik 
                                    
Sejajar dengan Aku Janji Kerajaan Barisan Nasional (BN), jumlah BRIM untuk tahun 2016 dinaikkan, di mana isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, BRIM ditingkatkan dari RM950 kepada RM1,000.

Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000, pemberian BRIM ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800, manakala pemberian RM1,000 untuk Skim Khairat Kematian diteruskan.

Individu bujang

Kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas, serta berpendapatan tidak melebihi RM2000 sebulan, kadar bantuan ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400.

BRIM diteruskan menerusi bajet berkenaan sebagai ikhtiar meringankan kos sara hidup meskipun ada pihak yang mengatakan bahawa BRIM tidak perlu diteruskan.

Menurut ahli kewangan iaitu Datuk Ahmad Husni Hanadziah menyatakan bahawa BRIM dapat diagihkan kepada rakyat walaupun negara sedang mengalami kemerosotan ekonomi. Ini melambangkan kerajaan menjaga kepentingan rakyat diutamakan dari setiap hal termasuk kos sara diri, infrastruktur, kebajikan orang asli, pembangunan, pendidikan dan banyak lagi.

Selain itu, menurut Ahli ekonomi iaitu Lee Hen Guie berkata bahawa BRIM dapat meringankan beban rakyat dalam jangka masa pendek dengan pengurangan penggunaan bahan api. Menurutnya lagi, BRIM juga dapat menampung kos sara hidup yang semakin meningkat terutamanya bagi golongan B40.

Beliau berkata golongan B40 ialah golongan isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3855.

Di samping itu, maklum balas diterima mendapati, penerima bantuan berkenaan bersyukur dan berterima kasih atas keperihatinan kerajaan kerana BRIM terbukti sedikit sebanyak membantu meringankan beban hidup penerima. 

Info Bajet 2015
-Penerima e-Kasih berpendapatan bulanan di bawah RM1000 menerima BRIM RM1050.
-Isi rumah berpendapatan bulanan di bawah RM3000 ke bawah menerima RM1000.
-Isi rumah berpendapatan antara RM3001 hingga RM4000 menerima BRIM RM800.
-Skim Khairat Kematian sebanyak RM1000 diteruskan.
-Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta berpendapatan tidak melebihi 2000    sebulan menerima RM400.
Share on Google Plus

About Ekspresi 18

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen anda :):

Journalism for Social Change

UCAPAN PEMBENTANGAN BAJET 2016