#uumisthebest
merupakan satu trend di UUM sempena sesi kemasukan yang terbaru
Sintok-
Hashtag #uumisthebest merupakan kempen yang baru dianjurkan dan telah menjadi
satu trend di laman sosial apabila hari pendaftaran pelajar baharu bagi
kemasukan Semester Pertama 2015/2016 di Universiti Utara Malaysia dan terbuka
kepada semua pelajar UUM.
Pelajar-pelajar
UUM digalakkan memuat naik gambar-gambar dan status yang berkaitan dengan UUM
supaya dapat menunjukkan pengalaman dan pandangan pertama mereka terhadap UUM.
Menurut
Naib Canselor, Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamad Mustafa Ishak, pelajar-pelajar yang
memuat naik gambar-gambar dan status telah menerima tahniah dari pihak luar
kerana mereka berjaya menjejakkan kaki ke antara Universiti terbaik di
Malaysia.
Beliau
juga berkata bahawa beliau berasa sangat gembira dan bangga apabila Hashtag
tersebut berjaya menjadi trendan mendapat jumlah “likes” dan “repost” sebanyak
1010914 di laman social dalam satu hari sahaja.
Pelajar-pelajar
UUM boleh memuat naik gambar-gambar dan status melalui tiga saluran, iaitu
Facebook, Instagram dan Twitter. Menurut Dr. Mohamad Mustafa Ishak, instagram
mempunyai jumlah “likes” dan “repost” yang paling tinggi di antara tiga
plstform media sosial ini.
“Instagram
menjadi pilihan saya untuk memuat naik gambar kerana instagram adalah lebih
mudah digunakan dan saya boleh terus berkongsi gambar tersebut ke Facebook dan
Twitter,” kata Alice Leow, seorang pelajar baru yang mendapat “likes” dan
“repost” yang paling banyak di Instagram dalam kempen #uumisthebest.
Kempen
#uumisthebest bukan sekadar dapat mengumpul gambar dan status mengenai UUM,
tetapijuga dapat mendidik pelajar tentang kepentingan media sosial dalam
persekitaran Universiti.
Pendaftaran
pelajar baharu bagi kemasukan semester pertama 2015/2016 di Universiti Utara
Malaysia
|
0 komen anda :):
Post a Comment