ASIAN YOUTH INDIE FILM FESTIVAL PERTANDING SEBELAS ANUGERAH BERPRESTIJ.

Oleh : Nor Atikah Binti Omar           
                           
‘Best of the Best Award’ telah digondol oleh filem Kanglungan ( Refuge ) oleh Louise                      Isabel  Corpuz Mendoza dari Filipina.

SINTOK, 5 Okt 2015 – Pusat Pengajian Komunikasi dan Multimedia Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Filem Negara (FINAS) telah mengadakan Asian Youth Indie Film Festival (AYIFF) sebagai tanda penghargaan kepada pelajar dalam mengembangkan bakat mereka dalam industri kreatif.

Perasmian festival disempurnakan oleh Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malysia (FINAS).

Festival penganugerahan yang dihadiri oleh ramai penggiat seni dan artis tanah air ini berlangsung di Dewan Muadzam Shah, Universiti Utara Malaysia.

Festival Filem Indie dianjur bagi memberi penghargaan kepada hasil kerja pelajar dan artis indie melalui pembikinan filem dan filem animasi.

Di samping itu juga, memberi galakan kepada pelajar dan penggiat filem indie untuk menghasilkan lebih banyak hasil kerja kreatif yang berkualiti.

Selain itu, Pusat Pengajian Komunikasi dan Multimedia melalui program Industri Kreatif berusaha mengangkat dan mendorong individu dari seluruh Asia untuk mengembangkan bakat dalam bidang ini.

“Ini merupakan salah satu usaha yang penting untuk dilakukan bagi memberi peluang dan semangat kepada pelajar khususnya, supaya lebih bekerja keras dan tidak mudah berputus asa untuk berjaya dalam bidang ini suatu masa nanti,” ujar Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Prof. Dato’ Seri Dr. Mustafa Ishak.

Sebelas anugerah berprestij dipertandingkan untuk mengiktiraf karya kreatif terbaik dalam pembikinan filem.

Festival ini turut melibatkan penyertaan dari pelbagai negara di Asia seperti Korea, Yaman, Thailand, dan Filipina.

“Saya merasakan ini merupakan satu peluang yang baik bagi saya apabila saya sendiri diberikan peluang untuk melihat festival penganugerahan yang julung kali diadakan di UUM sekaligus dapat memberikan inspirasi untuk pergi lebih jauh lagi dalam bidang ini,” jelas Ayuni Ahmad, pelajar jurusan Industri Kreatif.

Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan daripada artis terkenal tanah air seperti Azlan The Typewriter, Aweera Azahael, Salma Mentor dan ramai lagi.


Share on Google Plus

About Ekspresi 18

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen anda :):

Journalism for Social Change

UCAPAN PEMBENTANGAN BAJET 2016