RM700 JUTA PERKASA PKS

PKS terus menyumbang lebih 41% KDNK Negara 

Oleh : Nur Farah Hanim Binti Ahmad 
 
Lima Tunjang Utama Bajet 2016 Yang Dibentangkan Oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

“Peruntukan RM700 juta untuk pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merupakan satu usaha dalam mencapai sasaran 41 peratus sumbangan PKS kepada keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) Negara”, ujar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak dalam pembentangan Bajet 2016 baru-baru ini.

Justeru itu, SME Bank dipertanggungjawabkan untuk mengurus peruntukan sebanyak Rm 700 juta. Peruntukan besar ini bertujuan untuk melaksanakan dua program bagi merangsang pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan menerusi Program Transformasi Teknologi PKS atau STFF dan Program Sistem Pembinaan Berindustri (IBS). Pelaksanaan dua program perkasa PKS itu bertujuan untuk memberi peluang kepada pemain PKS untuk mengeksport produk seterusnya menerokai pasaran baru khususnya di luar Negara.

Menurut SME Bank, iaitu institusi kewangan pembangunan yang telah diberi mandat untuk membimbing dan membangunkan usahawan PKS, penyediaan pembiayaan ini bertujuan untuk menyokong peningkatan teknologi dalam aktiviti PKS ke arah mencapai produktiviti yang lebih tinggi.

Pihak SME Bank menyatakan bahawa kedua-dua program dengan masing-masing peruntukan sebanyak RM200 juta dan RM500 juta seperti yang diumumkan akan dilaksanakan secepat mungkin seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2016.

Harapan menjelang Bajet 2016

Sebelum hari pembentangan Bajet 2016 berlangsung, Pengerusi Biro PKS PERDASAMA Datuk Mohd Fauzi Zakaria berharap agar bajet yang dibentangkan kerajaan akan lebih memfokuskan kemampanan sektor PKS untuk terus menerokai pasaran asing.

Menurut beliau, salah satu cara untuk memperkasakan industri PKS tempatan ke pasaran asing ialah dengan memberi insentif menerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Selain itu, beliau juga berkata bahawa kerajaan berkemungkinan akan meluaskan lebih banyak aktiviti peningkatan latihan keusahawanan dan juga dana bantuan perniagaan.

Rentetan kejatuhan nilai ringgit sekarang, pembangunan PKS secara tidak langsung memberi peluang kepada pemain PKS untuk mengeksport produk mereka dengan lebih meluas.

Sambut baik Bajet 2016

SME Bank memperuntukan Rm700 juta dalam pembangunan PKS

Pihak SME Bank menyambut baik pembentangan Bajet 2016 khususnya dalam usaha untuk terus memperkasakan agenda pembangunan PKS.

 “Hanya tinggal lima tahun menjelang tahun 2020 dan untuk mencapai sasaran 41 peratus sumbangan PKS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negara”, kata pihak SME Bank dalam ulasan berkenaan Bajet 2016.

Oleh itu, bagi mencapai sasaran berkenaan, perlu dipastikan bahawa pertumbuhan yang akan direkodkan melebihi 10 peratus setahun. Angka itu adalah lebih tinggi daripada pertumbuhan tahunan iaitu antara empat hingga lima peratus.

Usaha lebih menyeluruh dan pelbagai yang membabitkan peningkatan inovasi, produktiviti serta peluang pemasaran di luar Malaysia perlu diberi tumpuan khusus oleh usahawan PKS serta agensi yang terlibat.

Penambahbaikan pembangunan PKS

Dalam merealisasikan tema Bajet 2016 untuk mensejahterakan kehidupan rakyat, kerajaan terus membuat beberapa penambahbaikan dalam usaha memperkasa PKS.

Menurut Pengarah IBS, antaranya ialah penambahbaikan melalui pemberian pembiayaan kepada pengeluar dan kontraktor yang layak serta memiliki Persijilan Lembaga Pembangunan Industri pembinaan (CIDB) dalam sektor pembinaan projek perumahan serta projek kerajaan lain. Peruntukan yang dibuat dalam usaha membangunkan sektor PKS boleh meningkatkan dan menghasilkan produk keluaran Negara yang dapat membantu pertumbuhan ekonomi.

Pada dasarnya, sebahagian besar usahawan kecil dan sederhana masih berdepan dengan masalah kewangan untuk mengambil tenaga kerja baru yang berbakat. Oleh itu, kerajaan sedang mempertimbangkan insentif untuk syarikat PKS seperti dana untuk memudahkan syarikat mengambil graduan baru untuk berkerja.

Usaha pembangunan PKS dianggap satu tindakan yang bijaksana kerana dapat meningkatkan peluang kepada usahawan baru melalui latihan, bimbingan, sokongan dan bantuan seterusnya membantu memulihkan ekonomi Negara yang berhadapan dengan ekonomi dunia yang tidak stabil.
Justeru itu, peruntukan sebanyak RM700 juta melalui Bajet 2016 dalam usaha memperkasakan PKS harus disambut baik oleh semua pihak kerana usaha ini merupakan salah satu pemangkin pertumbuhan ekonomi Negara menjelang tahun 2020.

Share on Google Plus

About Ekspresi 18

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen anda :):

Journalism for Social Change

UCAPAN PEMBENTANGAN BAJET 2016