Oleh : Nabilah Binti Zulkifli
Sesi pendaftaran pelajar yang turun ke Roadshow untuk tujuan SIRA pelajar. |
SINTOK- Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Bank Rakyat telah melaksanakan program yang “Roadshow” bagi sesi 2015/2016 di Dewan Bukit Kachi baru-baru ini.
Program roadshow ini diadakan sempena menyambut kehadiran pengetua baru iaitu Dr.Rohizan Halim yang juga merupakan pensyarah jurusan undang-undang.
Program ini turut memperkenalkan barisan Jawatan Kuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) yang diketuai oleh Nik Mohd Hafiz merangkap sebagai Presiden DPP Bank Rakyat, felo blok serta Resident Assistant (RA) setiap blok.
Menurut Pengetua DPP Bank Rakyat, setiap pelajar perlu melibatkan diri dalam program ini yang bertujuan untuk memberikan info berkaitan dengan peraturan di DPP bagi keselamatan pelajar.
Dalam pada itu, Pengetua DDP Bank Rakyat menasihatkan semua pelajar supaya memanfaatkan peluang pembelajaran dan bijak menguruskan masa dengan aktiviti yang mendatangkan faedah supaya tidak terjebak dengan perkara negatif yang melenyapkan masa depan dan harapan ibu bapa.
Sehubungan itu, pelajar juga dinasihatkan supaya melibatkan diri secara aktif dalam setiap program yang dianjurkan oleh DPP seperti program berbentuk islamik mahupun aktiviti kesukanan.
“Walaupun program seperti ini dilaksanakan pada setiap semester baru, pelajar lama mahupun pelajar baru tidak harus memandang rendah terhadap program itu kerana banyak input penting atau amanat yang akan disampaikan kepada pelajar”, jelas Pengetua baharu semasa merasmikan program tersebut.
Dalam pada itu, Presiden DPP Bank Rakyat, Nik Mohd Hafiz berkata, melalui Roadshow ini, pelajar-pelajar akan lebih memahami sistem yang diguna pakai di dalam DPP dimana segala-galanya telah dilaksanakan bagi memudahkan urusan semua pihak.
Dalam Roadshow ini, Presiden juga turut mempromosikan kelab atau seketeriat DPP Bank Rakyat yang dibentuk daripada "15 CREW" dimana terdapat pelbagai manfaat yang akan diperolehi bagi setiap pelajar yang menyertai kelab ini.
Tambahnya lagi, beliau meminta semua pelajar DPP Bank Rakyat supaya mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain, hormat-menghormati antara kaum.
Menurut salah seorang pelajar daripada jurusan Pengurusan Teknologi Nurul Hanis berkata, Roadshow ini turut memberi tunjuk ajar kepada pelajar semester baru mengenai peraturan-peraturan ketika berada di sekitar kawasan penginapan.
“Roadshow dapat memberikan suntikan motivasi kepada semua pelajar terutamanya dalam bidang akademik yang menekankan kepada pencapaian individu, membentuk kemahiran insaniah dan intelektual, keperibadian diri, gaya hidup dan keselamatan bersama terutamanya kepada pelajar yang baru mendaftar”, katanya.
Dalam program in juga, pelajar dijelaskan mengenai setiap peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan DPP untuk dipatuhi seperti larangan membawa kenderaan tanpa pelekat kenderaan, larangan memasak di dalam bilik, berkeliaran selepas jam 12 malam, pengeha dan pos laju untuk barangan-barangan pentingan sahaja dan sebagainya. Majlis roadshow ini juga turut dihadiri oleh Timbalan Pengetua dan Felo setiap blok.
0 komen anda :):
Post a Comment