Sebahagian
kemudahan asas dan aktiviti yang dijalankan di Desa Lestari Kampung Asam Jawa.
Pelaksanaan
Program Desa Lestari di Kampung Asam Jawa dilihat mampu meningkatkan kualiti
hidup penduduk. Disamping itu, keceriaan kawasan kampung turut terserlah
apabila mendapat peruntukan dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
(KKLW) sebanyak RM1.5 juta. Pelbagai projek dirancang untuk meningkatkan
pembangunan dan imej kampung tersebut sebagai kampung yang unik dan terbaik di
mata masyarakat tempatan.
Desa
Lestari diwujudkan atas saranan KKLW bagi membangunkan pembangunan desa dan
masyarakat setempat. Desa Lestari diambil atas ilham dari Indonesia dan
dipraktikkan di Malaysia bagi membangunkan kawasan luar bandar.
Pengerusi
Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung Asam Jawa, Talib Bin Kasim berkata, dengan
adanya Desa Lestari ini dapat mewujudkan pembangunan setempat dan memberi impak
sosial ekonomi kepada penduduk kampung terutamanya anak muda. Kesemua penduduk
dan kepimpinan kampung adalah kunci kejayaan melancarkan Program Desa Lestari.
Baginya, Desa Lestari dapat memberi peluang
pekerjaan kepada penduduk kampung dalam aktiviti yang diwujudkan atas bantuan
KKLW seperti Projek Penternakan Kelulut dan Projek Perladangan Pokok Tin.
Bagi
membentuk masyarakat yang progresif melalui pembangunan Desa Lestari, Bengkel
Pemantapan dan Tranformasi dilaksanakan bertujuan mengubah minda masyarakat
supaya bangkit daripada kemunduran dan mengambil peluang atas kewujudan
pembangunan melalui Program Desa Lestari.
Sesuai
dengan saranan kerajaan untuk membangunkan kawasan luar bandar, Koperasi
Kampung Asam Jawa Berhad diwujudkan untuk memberi pinjaman dan bantuan
pemasaran barangan yang dikeluarkan oleh penduduk kampung.
Selain
itu, dibawah Program Desa Lestari juga diadakan “Program Guru Bersama Pelajar”
bagi meningkatkan kecemerlangan pendidikan anak-anak kampung.
Aktiviti dan hasil kerja kraftangan bunga daun getah.
Kraftangan bunga
daun getah
Menurut
Hatiah Bt Wahab, pemberian geran bantuan daripada pihak RISDA untuk mewujudkan
Perniagaan Kraftangan Bunga Daun Getah dapat meningkatkan peluang pekerjaan dan
memberi pendapatan yang lumayan. Bermula dengan kerja sampingan sebagai hobi
membuat bunga telur untuk kenduri, beliau cuba menceburkan diri dalam
mempelajari kraftangan bunga daun getah daripada rakan-rakan. Minat yang
mendalam dalam pembuatan kraftangan bunga daun getah, telah mendorong beliau
memohon bantuan daripada pihak RISDA untuk membuka perniagaannya. Beliau bukan
sahaja mendapat latihan di Malaysia sahaja, bahkan di Thailand dalam
memantapkan kemahiran yang terbaik dan kreatif.
Menurutnya
lagi, teknik kraftangan bunga daun getah yang biasa, berubah arah kepada
penggunaan penyaduran emas atas bimbingan pihak SIRIM dan RISDA dalam
mempelbagaikan hasil yang kreatif sebagai tarikan. Kini, beliau merupakan
tenaga pengajar di sekitar Kedah dan mempunyai lima orang tenaga kerja.
Hatiah
merupakan usahawan bimbingan RISDA dan usahawan kraftangan bunga daun getah,
kini boleh berbangga kerana beliau tersenarai antara usahawan desa yang berjaya
memajukan perusahaan yang dimulakan secara kecil-kecilan sehingga berjaya
memperoleh pendapatan sebanyak RM1500 sebulan. Perniagaan ini turut memberi
faedah kepada jiran terdekat apabila mereka diambil sebagai pembantu.
Bagi
Pegawai RISDA iaitu Cik Samsiah, RISDA mengambil inisiatif dalam membantu
penduduk ini bagi meningkatkan pendapatan penduduk yang bekerja sebagai penoreh
getah. Pendapatan waktu sekarang yang mengalami kejatuhan harga getah akan
merencatkan pendapatan penduduk. Melalui bantuan ini, sedikit sebanyak, dapat
memberi modal awal dalam pengeluaran kraftangan bunga daun getah ini dalam
pemasaran barangan cenderahati. RISDA juga berperanan dalam meningkatkan daya pembuatan
yang kreatif dan melatih ahlinya untuk menjadi usahawan dalam mereka cipta
barangan yang tersedia ada seperti daun getah.
Rumah sarang kelulut.
Projek ternakan
kelulut
Sementara
itu, Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung Asam Jawa, Talib Bin Kasim berkata,
projek ternakan kelulut ini dibuka pada tahun lalu atas saranan pihak KEDA dan
KKLW. Tambahan lagi, pihak Jawatankuasa Kampung Asam Jawa juga mendapat
motivasi dan ilham daripada penternakan kelulut di Kampung Ulu Legong, Baling,
Kedah. Pihak KKLW memberi 100 buah rumah sarang kelulut bagi memulakan projek
ini. Kini projek ini membuahkan hasil iaitu sebanyak lapan kilogram sehari bagi
seratus buah rumah sarang kelulut. Projek ini juga menyediakan peluang
pekerjaan kepada lima orang pemuda kampungnya. Semua hasil jualannya diuruskan
oleh Koperasi Kampung Asam Jawa Berhad.
Depoh dan jentera-jentera pertanian.
Depoh dan
jentera-jentera
“Desa
Lestari yang diwujudkan memberi aset yang berguna kepada kampung ini
terutamanya dalam bidang pertanian. Pemberian depoh dan jentera-jentera yang
diberi oleh KKLW kepada kampung ini seperti mesin padi, backhoe, traktor, dan
lori. Semua jentera yang diberikan oleh KKLW memerlukan pekerja yang ramai
dalam menggerakkan pengoperasiannya. Pekerja tersebut perlu terdiri daripada
penduduk kampungnya sendiri. Bayaran untuk menggunakan jentera tersebut adalah
sama seperti penyewaan jentera di luar dan perkara yang berbeza ialah semua
keuntungan akan disalurkan kepada tabung Koperasi Kampung Asam Jawa Berhad.
Semua hasil pendapatan projek-projek kampung ini akan dijadikan dana aktiviti
dalam melestarikan kampung mereka”, katanya.
Kemudahan asas yang terdapat di Desa Lestari Kampung Asam Jawa.
Kemudahan asas
Kemudahan
yang disediakan oleh KKLW dapat memberi kemudahan kepada penduduk kampung
terutamanya dalam penyedian infrastruktur asas. Pemberian van daripada pihak
KKLW akan memudahkan pergerakan penduduk terutamanya untuk program lawatan ke
tempat lain. Kampung ini juga diberi kemudahan untuk kenduri seperti sembilan
set khemah dan semua ini akan memberi penjimatan kewangan dalam mengadakan
kenduri kepada penduduk.
Masyarakat
yang berilmu akan terwujud apabila segala kemudahan seperti Internet 1 Malaysia
melalui Program Kampung Tanpa Wayar 1 Malaysia diberikan kepada penduduk
kampung yang memudahkan pencarian maklumat seperti kata pepatah “maklumat hanya
di hujung jari sahaja”.
“Dengan
adanya dewan lestari dan masjid, ia memudahkan lagi penduduk melakukan aktiviti
harian dan aktiviti boleh dilakukan secara berkumpulan yang dapat mengeratkan
silaturahim diantara penduduk kampung ini serta penduduk dapat hidup dengan
aman dan harmoni melalui kemudahan asas yang disediakan oleh kerajaan”, kata
Talib.
Projek penanaman pokok tin.
Perancangan masa
hadapan
Talib
Bin Kasim menyatakan bahawa perancangan yang menjadi bahan ujian bagi aktiviti
seterusnya ialah Projek Perladangan Pokok Tin. Walaupun projek masih dalam
percubaan, tetapi projek ini juga akan memberi impak yang positif dalam
membangunkan pembangunan setempat dan memberi keistimewaan kepada tarikan luar
serta memenuhi syarat pertandingan desa lestari yang baik.
Desa
Lestari bukan sahaja bersandarkan kepada aspek pembangunan setempat sahaja.
Walaupun penubuhan Desa Lestari tertumpu kepada pembangunan yang berkualiti
tinggi tetapi juga menjaga tahap pendidikan penduduk. Namun, Program Desa
Lestari akan mewujudkan penduduk yang berfikiran kreatif, celek maklumat, dan
melatih penduduk kearah nilai keusahawan. Jadi, penduduk tidak akan berpeluk
tubuh dan menyalahkan kerajaan serta menjadikannya alasan atau penyebab kepada
kekurangan peluang pekerjaan.
|
0 komen anda :):
Post a Comment