INSENTIF BARU PERKHIDMATAN AWAM

Oleh: Siti Fatimah Binti Daud

Penjawat Awam Pada Tahun 2016 Bagi Kakitangan Kerajaan



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah membentangkan Bajet 2016 pada 23 Oktober 2015 bertemakan “Mensejahterakan Kehidupan Rakyat”. Dalam peruntukan Bajet 2016 tersebut, kerajaan memperkenalkan insentif baru kepada sektor perkhidmatan awam.

Antara insentif yang diluluskan untuk penjawat awam dalam Bajet 2016 ialah pemindahan gaji bersama satu kenaikan gaji tahunan, penambahbaikan 252 skim perkhidmatan, gaji permulaan terendah kepada RM1,200, pemberian khas RM500 dan perumahan bagi Penjawat Awam 1 Malalaysia (PPA1M).

Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, penjawat awam sebagai tulang belakang dan penggerak utama kepada setiap dasar dan polisi yang telah diputuskan oleh kerajaan, wajar memiliki integriti dengan cerminan produktiviti yang tinggi.

Dalam Bajet 2016, kerajaan menggariskan bahawa gaji minimum untuk pekerja sektor swasta di Semenanjung dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan dan daripada RM800 kepada RM920 bagi mereka di Sabah, Sarawak dan Labuan dengan gaji minimum itu tidak terpakai kepada pekerja domestik. Faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred yang melibatkan peruntukan RM 1.1 Bilion. Keadaan ini bukan sahaja dapat meringankan beban kakitangan awam, malah menaikkan semangat untuk terus berkhidmat dalam sektor awam.

Di samping itu, kerajaan turut mengumumkan penambahbaikan skim perkhidmatan sekali gus memanfaatkan 406,000 kakitangan awam. Kenaikan sebanyak 46.3 peratus diharapkan berupaya menampung kos sara hidup, terutama penjawat awam yang baru memulakan kerjaya. Hal ini kerana kos sara hidup semakin meningkat ekoran ekonomi negara yang semakin mencabar.

Menurut Dato Seri Najib Razak dalam Bajet 2016, kerajaan bersetuju untuk memberi bonus atau bayaran khas imbuhan sebanyak RM500 kepada seluruh penjawat awam manakala RM250 kepada seluruh pesara kerajaan mulai Januari 2016. Menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan, melibatkan hampir 50 ribu pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan. Usaha kerajaan ini adalah untuk membantu kakitangan dalam menangani masalah kos sara hidup yang semakin tinggi di samping memberi ganjaran atas khidmat mereka.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsan, dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, kerajaan terus mengambil inisiatif dengan  memberi perhatian terhadap kebajikan penjawat awam.

“Saya berharap penjawat awam meningkatkan usaha dan produktiviti dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-11 di samping mengukuhkan integriti serta memastikan perbelanjaan secara berhemah”, katanya lagi.

Selain itu, dalam Bajet 2016 turut memperuntukkan insentif perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PP1M) sebanyak 100,00 unit bakal dibina. Hal ini kerana, kerajaan menyedari bahawa dengan adanya insentif ini, ianya dapat membantu kakitangan dalam usaha pemilikan rumah. Justeru itu, masalah pemilikan rumah dapat diatasi oleh kakitangan ekoran kesukaran bagi pemilikan rumah kerana kadar harga yang tinggi di samping mempunyai pendapatan yang rendah.

Oleh demikian, usaha ini menunjukkan bahawa kerajaan mengambil berat serta prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Penghargaan perlu diberikan kepada kerajaan di atas usaha kerajaan untuk terus memberi manfaat kepada penjawat awam dalam mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Di samping itu, insentif ini boleh menjadi motivasi dan dorongan kepada penjawat awam untuk mempertingkatkan produktiviti dalam bidang pekerjaan mereka. Dengan itu, walaupun peruntukan Bajet 2016 bagi insentif perkhidmatan awam tidak terlalu banyak, namun kerajaan telah membantu menampung perbelanjaan rakyat.

Share on Google Plus

About Ekspresi 18

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen anda :):

Journalism for Social Change

UCAPAN PEMBENTANGAN BAJET 2016