BAJET 2016 PROJEK: PROGRAM PEMILIKAN RUMAH MAMPU MILIK DITERUSKAN

Oleh: Beh Weng Sum

Peruntukan untuk perumahan dalam bajet 2016

Dalam pembentangan Bajet 2016 pada 22 Oktober 2015, Kerajaan Pusat telah mengumumkan insentif bahawa Program Pemilikan Rumah yang menjadi isu semenjak beberapa tahun yang lalu akan diteruskan lagi pada tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelbagai program pemilikan rumah bagi segenap lapisan pendapatan telah dirangka agar dapat menolong rakyat yang berpendapatan rendah di samping meringankan beban mereka semasa membeli rumah.

Pertama sekali, Bajet 2016 mensasarkan pembinaan 175 ribu unit rumah untuk program PR1MA yang dijual 20 peratus di bawah harga pasaran akan dibina untuk rakyat Malaysia. Seterusnya, sebanyak 10 ribu unit Rumah Mesra Rakyat bakal dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad, dengan pemberian subsidi RM20,000 bagi seunit rumah dengan peruntukan RM200 juta. Selain itu, menjelang tahun 2018, 100,000 unit rumah Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M) turut akan dibina.

Menjelang tahun 2018, Bajet 2016 juga mengandungi peruntukan untuk membina 1000,000 unit rumah Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M), dengan harga di antara RM 90,000 hingga RM 300,000 dengan bantuan Dana Mudahcara sehingga dua puluh lima peratus daripada kos pembangunan disediakan. Tambahan lagi, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga akan membina 22,300 unit pangsapuri dan 9.800 unit rumah teres di bawah Program Perumahan Rakyat.

Bajet 2016 membentangkan peruntukan untuk perumahan mampu milik

Selain itu, kerajaan akan menyediakan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama di bawah KPKT sebagai sumbangan kepada pembeli rumah pertama untuk rumah mampu milik bagi tujuan bayaran deposit. Untuk pelaksanaan ini, RM200 juta akan diperuntukan. Tambahan pula, kerajaan turut membina rumah untuk generasi kedua peneroka, iaitu 20,000 unit rumah oleh FELDA, 2,000 unit rumah oleh FELCRA dan 2,000 unit rumah oleh RISDA.

Peruntukan RM 60 juta kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) khusus untuk pembinaan masyarakat Orang Asli juga akan disediakan dalam Bajet 2016. Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyatakan sebanyak 800 unit rumah mampu milik akan dibina oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) berhampiran stesen MRT dalam Kawasan Pusat Bandar Kawasan Damansara dan 4,600 unit rumah mampu milik oleh Sime Darby Property.

Secara keseluruhan, kerajaan telah merangka dan menyediakan pelbagai pelan Program Pemilikan Rumah Mampu Milik untuk rakyat. Justeru itu, melalui insentif Program Pemilikan Rumah Mampu Milik, hasrat kerajaan untuk menangani isu harga rumah yang meningkat dan bebanan rakyat yang berpendapatan rendah dapat diringankan.  




Share on Google Plus

About Ekspresi 18

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen anda :):

Journalism for Social Change

UCAPAN PEMBENTANGAN BAJET 2016